Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Ikon Hollywood Burt Reynolds meninggal dunia pada usia 82 tahun

Bintang Hollywood era 70-an, Burt Reynolds, meninggal dunia akibat serangan jantung.

Anggaran Waktu Membaca:
Ikon Hollywood Burt Reynolds meninggal dunia pada usia 82 tahun

Burt Reynolds dalam filem Smokey and the Bandit (Gambar: Universal)

Diterbitkan : 07 Sep 2018 09:04AM Dikemas Kini : 07 Sep 2018 09:13AM

LOS ANGELES: Bintang Hollywood era 70-an, Burt Reynolds, meninggal dunia akibat serangan jantung.

Reynolds, yang berusia 82 tahun menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Florida, di sisi keluarganya, menurut pegawai serantanya dan ditukil Astro Awani.

Sepanjang kerjayanya selama enam dekad, Reynolds pernah memenangi anugerah Golden Globe selain dicalonkan untuk Oscar menerusi filem 'Boogie Nights' yang dibintanginya pada 1997.

Beliau diangkat sebagai legenda menerusi lakonan hebat dalam filem 'Smokey and the Bandit' dan 'The Cannonball Run'.

Bintang dengan imej macho itu sebelum ini dilaporkan pernah menjalani pembedahan pintasan jantung, menurut Astro Awani.

Menurut pengurusnya, Erik Kritzer, beliau dalam perbincangan untuk menyertai barisan pelakon dalam filem terbaru arahan Quentin Tarantino berjudul 'Once Upon a Time In Hollywood' dengan watak George Spahn, pemilik rumah ladang yang pernah didiami oleh keluarga Manson.

Astro Awani melaporkan menyusuli berita mengenai kematiannya, beberapa bintang Hollywood memberi penghormatan terakhir kepada Reynolds termasuk Arnold Schwarzenegger.

"Burt Reynolds merupakan salah seorang wira saya. Dia merupakan seorang perintis," kata Schwarzenegger menerusi laman Twitternya.

Legenda tenis Boris Becker pula menyifatkan Reynolds sebagai 'salah seorang ikon terakhir Hollywood'.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan