Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

'Ijazah ini hadiah untuk arwah ayah' - Anak Mr Os genggam ijazah doktor perubatan

Bagi Syafiqa Hayra, anak kepada pelakon dan pelawak Mr Os, perasaan ketika beliau menerima ijazah dalam bidang perubatan berbaur sedih dan terkilan, kerana tidak dapat disaksikan oleh ayahnya yang meninggal dunia pada April 2016 akibat barah paru-paru.

Anggaran Waktu Membaca:
'Ijazah ini hadiah untuk arwah ayah' - Anak Mr Os genggam ijazah doktor perubatan

(Gambar: Instagram/@syafiqahayra)

Diterbitkan : 11 Feb 2019 02:29PM Dikemas Kini : 12 Feb 2019 12:08AM

MALAYSIA: Bagi kebanyakan orang, kejayaan menamatkan pengajian merupakan detik amat menggembirakan dan membanggakan.

Namun bagi Syafiqa Hayra, anak kepada pelakon dan pelawak Mr Os, perasaan ketika beliau menerima ijazah dalam bidang perubatan berbaur sedih dan terkilan, kerana tidak dapat disaksikan oleh ayahnya yang meninggal dunia pada April 2016 akibat barah paru-paru.

"Arwah selalu berpesan supaya saya menjadi seorang doktor yang akan berbakti kepada masyarakat dan berkhidmat kerana Allah," kongsi Syafiqa Hayra seperti ditukil Harian Metro.

"Kejayaan ini saya dedikasikan kepada arwah ayah kerana banyak menyokong saya untuk menceburi bidang perubatan."

Menurut Syafiqa, yang kini masih menunggu tempat untuk menjalani latihan perubatan (houseman), perjalanannya untuk menjadi seorang doktor tidak bebas dari liku dan cabaran. Namun galakan kedua ibu bapa menjadi pembakar semangat semasa menuntut di rantau orang.

"Banyak cabaran dan rintangan yang saya lalui sepanjang belajar di Mesir tetapi orang tua saya tidak pernah berputus asa memberi galakan.

“Saya sudah tetapkan pada diri, setiap pahala yang diperoleh akan disampaikan kepada ibu (Rahayu Muhamed Nadzir) dan arwah ayah."

Syafiqa juga sempat berkongsi bersama Harian Metro kenangan beliau bersama ayahnya, terutama setelah Allahyarham jatuh sakit.

“Saya banyak memberitahu ayah untuk menjaga makan. Nasib baik saya sempat menjaganya ketika dia bertarung dengan penyakit yang dialami.

“Namun, saya sedih kerana tidak sempat menemuinya sebelum dia meninggal. Saya mahu balik sebelum dia dikebumikan tetapi tidak sempat kerana tiada penerbangan ketika itu," katanya seperti ditukil Harian Metro.

Meskipun berjauhan ketika ayahnya menghembuskan nafas terakhir, jelas Allahyarham sentiasa dekat di hati Syafiqa terutama apabila mencapai kejayaan.

"Ijazah ini hadiah untuk arwah ayah. Alhamdulillah ijazah ini amat besar maknanya kepada saya dan terima kasih kepada arwah ayah serta keluarga yang sering memberi semangat untuk saya meneruskan cita-cita."

Yang nyata, perjalanan Syafiqa menjadi seorang doktor bukan sekadar demi diri sendiri dan masyarakat, tetapi juga untuk ibu bapanya.


Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan