Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Ibu Neelofa minta maaf; tiada niat halang orang lain jual Harimau Menangis

Pihaknya tidak pernah menghalang mana-mana individu menjual produk sama selagi tidak menyerupai bungkusan produk yang dipasarkannya, lapor Utusan Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
Ibu Neelofa minta maaf; tiada niat halang orang lain jual Harimau Menangis

Ibu Neelofa, Noor Kartini. (Gambar: Petikan dari Instagram/Noor Kartini)

Diterbitkan : 14 Jan 2021 01:29PM Dikemas Kini : 14 Jan 2021 01:33PM

KUALA LUMPUR: Ibu pengacara dan pelakon popular, Neelofa, Noor Kartini Noor Mohamed menerusi syarikat, Noor Khan Enterprise memohon maaf atas kesilapan kata-kata berhubung penggunaan jenama Harimau Menangis keluaran Aunty Tini Kitchen dalam sebuah video yang tular hari ini (14 Jan).

Cik Noor Kartini berkata, pihaknya tidak pernah menghalang mana-mana individu menjual produk sama selagi tidak menyerupai bungkusan produk yang dipasarkannya, lapor Utusan Malaysia.

Jelasnya, permohonan paten yang tular itu bertujuan untuk melindungi penggayaan, susun atur grafik, kod warna dan tulisan Harimau Menangis pada bungkusan produk itu.

“Itu adalah bertujuan untuk mengelakkan sebarang produk tiruan dalam pasaran yang boleh menyebabkan masalah kepada jenama pihak kami daripada pengguna di luar sana.

“Pihak kami tidak pernah menghalang mana-mana pihak untuk menjual produk sama selagi tidak menyerupai produk yang kami pasarkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini, seperti yang dipetik Utusan Malaysia.

Ia tular di media sosial apabila warga siber mula ‘menyerang’ ibu pengacara popular itu selepas petikan gambar permohonannya di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) tersebar.

Tambah panas, video yang memaparkan Cik Noor Kartini yang sedang memasak daging Harimau Menangis itu mengeluarkan kenyataan seolah-olah sudah mempatenkan resepi Harimau Menangis milik mereka.

Dalam pada itu, Cik Noor Kartini juga menegaskan, pihaknya sentiasa mengamalkan persaingan sihat dalam berniaga.

“Pihak kami juga sentiasa mengamalkan polisi persaingan perniagaan yang sihat,” katanya, lapor Utusan Malaysia.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan