Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Ibu dicaci maki selepas Noorkhiriah main watak Aishah dalam drama Nur

Pelakon, Noorkhiriah Ahmad Shapie terkilan apabila ibunya turut menjadi mangsa kecaman segelintir peminat yang tidak senang dengan watak kontroversi yang dibawanya dalam drama Nur.

Anggaran Waktu Membaca:
Ibu dicaci maki selepas Noorkhiriah main watak Aishah dalam drama Nur

(Gambar: khiriah17/ Instagram)

Diterbitkan : 02 Jul 2018 10:15AM Dikemas Kini : 02 Jul 2018 10:22AM

KUALA LUMPUR: Pelakon, Noorkhiriah Ahmad Shapie terkilan apabila ibunya turut menjadi mangsa kecaman segelintir peminat yang tidak senang dengan watak kontroversi yang dibawanya dalam drama Nur.

Noorkhiriah, 42 tahun, berkata, pada mulanya beliau tidak ambil peduli pelbagai kata kesat yang dikirimkan menerusi laman sosial. Namun, beliau terpaksa bersuara apabila ibunya yang tidak berdosa turut dikaitkan sama.

"Mengapa mahu babitkan emak saya dalam hal ini? Saya tidak kisah dikecam, malah sudah bersedia menerimanya apabila membawa watak wanita bertudung labuh yang jahat. Tetapi, apabila sampai tahap mencaci dan memaki emak saya, saya tidak boleh menerimanya," katanya kepada Berita Harian Malaysia.

Pelakon yang pernah tiga kali menjulang trofi Artis Komedi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) itu bagaimanapun, tidak menafikan, ia berlaku mungkin kerana penonton sukar menerima watak itu kerana sebelum ini, beliau lebih dikenali dengan watak komedi.

Namun, ibu kepada dua cahaya mata lelaki itu mengakui, watak Aishah memberikannya kepuasan kerana bukan mudah untuk menggambarkan wanita bertudung labuh memegang karakter antagonis.

(Gambar: @aamyrarosli/ Instagram)

(Gambar: @aamyrarosli/ Instagram)

"Dalam hal ini, saya memuji usaha pengarahnya, Shahrulezad Mohameddin yang berjaya membentuk saya menghidupkan lagi watak itu. Kita kena terima hakikat, karakter seperti Aishah adalah realiti masa kini," katanya.

INGIN KEMBALI BERLAKON

Menurut BH Online, biarpun ramai memuji keberkesanan watak yang dibawanya dalam drama itu, Noorkhiriah mengakui, terdapat segelintir pihak yang kurang senang apabila beliau kembali berlakon selepas setahun berehat.

"Memang ada pihak yang marah-marah apabila saya mengambil keputusan untuk kembali berlakon. Kata mereka, saya tidak tetap pendirian. Tidak dinafikan, ketika keputusan untuk berehat dibuat, emosi saya tidak stabil.

"Berikutan itu, terkeluar kenyataan saya mahu bersara daripada lakonan. Sedangkan, jiwa saya sudah sebati dengan bidang ini. Apabila menerima tawaran mengacara dan membintangi Nur, saya dapat rasakan, ini sebenarnya jiwa saya," katanya.

Mengharapkan rezekinya dalam bidang lakonan akan dipermudahkan, Noorkhiriah berkata, beliau berbangga dapat membuktikan pelakon bertudung juga mampu mempelbagaikan watak, asalkan pengarah berani menongkah arus, lapor BH Online.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan