Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Ibu bapa undi gugurkan nama Michael Jackson dari dewan sekolah

Ibu bapa di sekolah rendah Los Angeles mengundi sama ada untuk menggugurkan nama Michael Jackson dari auditorium selepas tuduhan pedofilia dilontarkan terhadap mendiang Raja Pop itu dalam sebuah dokumentari.

Anggaran Waktu Membaca:
Ibu bapa undi gugurkan nama Michael Jackson dari dewan sekolah

Dewan di Sekolah Gardner Street dinamakan sempena Michael Jackson (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 27 Apr 2019 07:43PM Dikemas Kini : 27 Apr 2019 07:49PM

LOS ANGELES: Ibu bapa di sekolah rendah Los Angeles mengundi sama ada untuk menggugurkan nama Michael Jackson dari auditorium selepas tuduhan pedofilia dilontarkan terhadap mendiang Raja Pop itu dalam sebuah dokumentari.

Auditorium Sekolah Gardner Street yang dinamakan sempena Michael Jackson menjadi satu isu perdebatan sejak penyiaran "Leaving Neverland", sebuah dokumentari HBO yang menuduh penyanyi itu mencabuli dua budak lelaki yang ketika itu berusia tujuh dan 10 tahun.

Jackson menghadiri sekolah tersebut pada tahun 1969, namun berhenti sekolah selepas kumpulan The Jackson 5, menghasilkan lagu hit pertama mereka, I Want You Back.

Para pegawai di sekolah Gardner Street tidak mendedahkan bila keputusan undian akan dikeluarkan.

"Ekoran kenyataan oleh beberapa ibu bapa dan pasukan mereka tentang nama auditorium kami sekarang ... kami memberi peluang kepada ibu bapa dan kakitangan untuk memutuskan isu itu," kata pengetua sekolah, Karen Hollis.

Auditorium di sekolah yang terletak di tengah-tengah Hollywood itu, dinamakan sempena Jackson pada 1989 sebelum tuduhan pertama timbul terhadap mendiang penyanyi itu. Penghibur itu meninggal dunia pada tahun 2009 disebabkan pengambilan dadah yang berlebihan.

Seorang budak lelaki berusia 13 tahun mengadu menjadi mangsa serangan seksual Jackson pada tahun 1993, namun kes itu diselesaikan di luar mahkamah. Penyanyi itu dibicarakan pada 2005 atas dakwaan serangan seksual terhadap seorang kanak-kanak lain, namun didapati tidak bersalah.

"Nama (Jackson) sepatutnya digugurkan, tidak sesuai untuk sekolah rendah. Dokumentari itu memberikan gambaran yang sangat jelas mengenai keadaan itu," kata Robert Fitzgerald, seorang bapa, kepada Los Angeles Times.

Namun, seorang lagi ibu bapa tidak bersetuju.

"Orang lain di negara ini telah melakukan perkara lebih buruk, telah disabitkan dan masih mempunyai nama mereka di bangunan-bangunan," kata Myreon Arslan.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan