Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Hisyam Hamid anggap soal rumahtangga perkara peribadi untuk dibahaskan

Pelakon terkenal kelahiran Singapura, Hisyam Hamid, mengakui perbincangan adalah kunci penyelesaian bagi sebarang perselisihan faham antara pasangan suami isteri dalam sesebuah institusi rumahtangga.

Anggaran Waktu Membaca:
Hisyam Hamid anggap soal rumahtangga perkara peribadi untuk dibahaskan

(Gambar: Hisyam Hamid/Instagram)

Diterbitkan : 13 Jul 2019 10:33AM Dikemas Kini : 13 Jul 2019 10:39AM

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal kelahiran Singapura, Hisyam Hamid, mengakui perbincangan adalah kunci penyelesaian bagi sebarang perselisihan faham antara pasangan suami isteri dalam sesebuah institusi rumahtangga.

Bagi pelakon yang terkenal di seberang tambak itu, tiada alasan untuk pasangan suami isteri mengheret pihak ketiga - misalnya keluarga - untuk mencampuri urusan membabitkan rumahtangga kecuali jika berdepan dengan keadaan yang benar-benar genting.

"Sepanjang berkahwin selama 13 tahun, kalau ada masalah antara saya dan isteri, kami akan menyelesaikannya sendiri. Saya percaya kalau ketika senang berdua, kenapa bila ada masalah nak libatkan semua orang?

"Selesaikan masalah 'behind the close door'. Melainkan jika masalah itu memerlukan pandangan daripada pihak ketiga seperti keluarga yang lebih matang," ujarnya semasa diwawancara oleh Astro Gempak.

Apabila diminta mengulas mengenai keretakan rumahtangga dalam kalangan selebriti yang kian meruncing sejak kebelakangan ini Hisyam hanya berkata perihal jodoh terlalu subjektif untuk dibahaskan.

"Perceraian adalah perkara yang sangat peribadi bagi mereka yang melalui fasa itu. Tak ada yang berkahwin mahu berpisah, semua ingin ke syurga.

"Apa yang saya boleh kongsikan dugaan rumahtangga itu akan ada. Jadi saya dan isteri praktikkan komunikasi dan persefahaman di rumah.

"Kalau ada masalah, cuba sedaya upaya selesaikan secepat mungkin. Semakin lama diperam, perkara itu akan jadi seakan negatif," kongsi Hisyam lanjut kepada Astro Gempak.

Dalam perkembangan terkini kerjaya seninya, Hisyam bakal muncul menerusi filem televisyen Geng dengan mendukung watak sebagai Alex iaitu seorang ketua samseng.

Menurut Astro Gempak, Geng memaparkan kehidupan tiga sahabat perempuan karib yang membawa haluan masing-masing setelah meninggalkan bangku sekolah. Namun, ketiga-tiganya bersua kembali disebabkan satu peristiwa yang mengubah kehidupan mereka.

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan