Images
  • henry golding
    Pelakon kelahiran Malaysia Henry Golding. (Gambar: Facebook/Henry Golding)

Henry Golding galas watak Snake Eyes dalam filem G.I. Joe terbaru

HOLLYWOOD: Pelakon kelahiran Malaysia, Henry Golding disebut-sebut akan membintangi filem adiwira "G.I Joe".

Menurut laporan The Hollywood Reporter, Golding adalah calon utama untuk membawakan watak Snake Eyes dalam francais terbaru filem itu.

Snake Eyes merupakan seorang komando ninja yang berpakaian serba hitam tanpa perlu bersuara dan menunjukkan mukanya.

Snake Eyes juga sangat handal berlawan dan sering menjayakan misi tempurnya secara solo, lapor Astro Awani.

"Snake Eyes" bakal menjadi filem G.I. Joe ketiga menyusuli “G.I. Joe: The Rise Of Cobra” (2009) dan “G.I. Joe: Retaliation” (2013).

"G.I. Joe: Retaliation" - yang dibintangi Dwayne Johnson dan Bruce Wilis - berjaya meraih pendapatan sebanyak AS$350 juta (S$484 juta) di merata dunia, menurut laporan The Independent.

- Agensi berita/ZM/zm

Top