Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Helikopter Tom Cruise mendarat di laman keluarga di Britain, kemudian ajak mereka naik helikopter

Bintang Hollywood Tom Cruise membuat kejutan kepada sebuah keluarga di Warwickshire, England apabila terpaksa mendaratkan helikopternya di halaman belakang rumah mereka kerana lapangan terbang berdekatan ditutup.

Anggaran Waktu Membaca:
Helikopter Tom Cruise mendarat di laman keluarga di Britain, kemudian ajak mereka naik helikopter

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 28 Aug 2021 04:16PM Dikemas Kini : 28 Aug 2021 04:17PM

LONDON: Bintang Hollywood Tom Cruise membuat kejutan kepada sebuah keluarga di Warwickshire, England apabila terpaksa mendaratkan helikopternya di halaman belakang rumah mereka kerana lapangan terbang berdekatan ditutup. Meski terkejut, Alison Webb, dengan senang hati menerima kunjungan pelakon 59 tahun itu, yang sedang berada di Britain bagi penggambaran filem terbaru Mission: Impossible.

Alison diberitahu halaman rumahnya perlu digunakan seorang VIP yang sedang kesuntukan masa, dan wanita itu pun berbesar hati untuk membantu.

Kongsi beliau: "Saya fikir, agak menarik bagi anak-anak saya melihat helikopter mendarat di taman. Apabila beliau (Cruise) mendarat dan turun dari helikopter... Wow."

Bintang Hollywood itu sempat bergambar keluarga tersebut dan bahkan membawa anak-anak Alison 'ambil angin' menaiki helikopternya.

Wanita itu berkongsi dengan BBC: "Beliau terus menuju ke arah anak-anak saya dan beramah dengan mereka, dan kemudian menghampiri kami dan berlaga siku (cara bersalaman tanpa berjabat tangan) dan ucapkan terima kasih.

"Kemudian beliau berkata jika mereka mahu, mereka boleh menaiki helikopter itu."

Alison mengakui kejadian itu ibarat satu mimpi yang masih sukar untuk dipercayai.

"Saya masih tidak percaya ia benar-benar berlaku," katanya.

Cruise berada di UK sejak beberapa bulan ini dan menyambut ulang tahunnya yang ke-59 dengan menonton aksi England di perlawanan Euro 2020.

Sumber : Agensi berita/TQ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan