Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Harris Baba penuhi tuntutan anak seni, letih ulang-alik Sabah ke KL

Demi mengejar kejayaan dalam bidang diceburi, pasti ada pengorbanan yang perlu dilakukan. Apatah lagi jika sudah berkeluarga, banyak faktor perlu diambil kira. Itulah yang dilalui penyanyi Harris Baba yang sentiasa meletakkan isteri dan anak sebagai keutamaan dalam hidupnya, lapor Harian Metro.

Anggaran Waktu Membaca:
Harris Baba penuhi tuntutan anak seni, letih ulang-alik Sabah ke KL

Artis kelahiran Singapura, Harris Baba. (Gambar: Instagram/harrisbaba)

Diterbitkan : 19 Jun 2019 02:09PM Dikemas Kini : 19 Jun 2019 02:19PM

KUALA LUMPUR: Demi mengejar kejayaan dalam bidang diceburi, pasti ada pengorbanan yang perlu dilakukan. Apatah lagi jika sudah berkeluarga, banyak faktor perlu diambil kira. Itulah yang dilalui penyanyi Harris Baba yang sentiasa meletakkan isteri dan anak sebagai keutamaan dalam hidupnya, lapor Harian Metro.

Demi kelangsungan kerjayanya sebagai penyanyi, Harris sama sekali tidak kisah berulang-alik dari Sabah ke Kuala Lumpur setiap minggu bagi memenuhi komitmennya sebagai anak seni.

Walaupun penat, menurut Harian Metro, beliau tidak kisah kerana hasratnya untuk kembali aktif mendapat sokongan dan dorongan isteri tercinta, Nik Naziha Zawawi.

“Selepas kami berkahwin, Jiha (Nik Naziha) menetap di Keningau. Oleh itu, jadual saya sedikit sibuk kerana hampir setiap minggu perlu berulang-alik dari Sabah ke Kuala Lumpur.

"Letih memanglah letih tetapi di sebalik semua itu, saya lega dan gembira kerana isteri sangat memahami. Dia sentiasa menyokong kerjaya seni saya. Walaupun terpaksa membahagikan masa antara kerja dan keluarga, saya tidak rasa terbeban."

“Pada masa sama, saya ingin melihat kerjaya seni kembali mekar kerana keluarga. Saya tidak akan sia-siakan kepercayaan dan sokongan yang mereka berikan,” katanya kepada wartawan Harian Metro.

Jejaka kelahiran Singapura itu mendirikan rumah tangga dengan Nik Naziha pada Mei 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aleena Ziya, 2 tahun, dan Muhammad Umar Baba yang kini berusia sembilan bulan, menurut Harian Metro.

Harris yang bakal tampil dengan album mini, berkata, enam lagu akan dimuatkan dalam buah tangan terbarunya itu.

“Walaupun sudah agak lama sepi tanpa sebarang lagu baru, saya masih seorang penyanyi. Saya hilang seketika kerana ada urusan kerja yang perlu dilaksanakan di Sabah.

“Saya juga berehat sebentar kerana ingin fokus membesarkan dua anak. Kini, anak kedua pun sudah berusia sembilan bulan, jadi bolehlah saya kembali aktif menyanyi.

“Insya-Allah, album mini saya akan dilancarkan tidak lama lagi. Muzik video pula, masih ada satu lagi yang perlu disiapkan. Saya berharap peminat terus memberikan sokongan,” ujar Harris.

Meskipun pernah berlakon dalam beberapa karya, Harris bagaimanapun ingin memberikan tumpuan kepada penghasilan album mininya buat sementara waktu. Beliau tidak mahu apa yang berlaku kepada lagu Parah berulang lagi, lapor Harian Metro.

“Saya tidak mahu album ini menerima nasib sama seperti lagu Parah. Ketika lagu itu dilancarkan, saya sibuk dengan lakonan. Situasi itu menyebabkan saya sukar untuk melakukan promosi.

“Saya minat berlakon tetapi apabila difikirkan semula, lebih molek sekiranya saya fokus satu demi satu kerja. Mungkin selepas semua urusan album selesai, saya akan kembali berlakon,” kata Harris.

Sumber : Agensi berita/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan