Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

‘Harap lebih sensitif': selebriti M'sia dikecam muat naik gambar percutian

Sebilangan artis Malaysia dikritik kerana memuat naik gambar percutian mereka yang dianggap tidak sensitif, sedang seluruh rakyat negara itu dikenakan perintah kawalan pergerakan dalam usaha mengekang penularan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
‘Harap lebih sensitif': selebriti M'sia dikecam muat naik gambar percutian

Farah Nabilah bersama suaminya. (Photo: farahnabilahofficial/Instagram)

Diterbitkan : 21 Mar 2020 11:12AM Dikemas Kini : 21 Mar 2020 11:14AM

SINGAPURA: Sebilangan artis Malaysia dikritik kerana memuat naik gambar percutian mereka yang dianggap tidak sensitif, sedang seluruh rakyat negara itu dikenakan perintah kawalan pergerakan dalam usaha mengekang penularan COVID-19.

Artis-artis seperti Farah Nabilah, Aishah Azman, Ummi Nazeera dan Liyana Jasmay dikritik di media sosial selepas memuat naik gambar-gambar yang menunjukkan mereka bersuka ria di luar negara sedang perintah tersebut dikuatkuasakan di tanah air mereka, menurut laporan Malay Mail.

Ummi Nazeera didapati sudah menutup ruang komen bagi catatan-catatan terbarunya di Instagram.

Liyana Jasmay pula dikatakan sebagai artis yang paling banyak mengundang kritikan. Salah seorang pengguna Instagram menulis: "Harap peka terhadap keadaan semasa."

Sebilangan pengguna turut meninggalkan komen di catatan Aishah Azman, meminta agar beliau "#stayathome" atau #dudukrumah.

Aishah Azman di Cappadocia. (Photo: aishahazman8/Instagram)

Aishah Azman di Cappadocia. (Photo: aishahazman8/Instagram)

Beberapa catatan kurang menyenangkan juga kelihatan di ruang komen catatan Farah Nabilah, dengan seorang pengguna mengulas: "Bagus sungguh anda berbulan madu, lebih baik jangan pulang ke Malaysia."

Walau bagaimanapun, beberapa selebriti menyatakan dengan jelas bahawa mereka sedang dalam perjalanan pulang ke Malaysia.

Farah Nabilah juga memuat naik catatan yang mengumumkan bahawa beliau sudah pulang ke tanah air dan sedang mengasingkan diri, sambil menambah: "Mari kita berdoa & mengamalkan kebersihan yang baik. Jagalah semua orang, Semoga Allah melindungi kita. "

Bagi Liyana Jasmay pula, beliau memberitahu pengikutnya di media sosial bahawa beliau pada awalnya dijadual melakukan penerbangan pulang pada 23 Mac, tetapi memutuskan untuk membatalkan beberapa lokasi dan menyingkatkan tempoh penggambaran agar dapat pulang lebih awal.

"Kami pulang tepat pada masanya pada awal pagi 18 haribulan, tepat bermulanya perintah kawalan pergerakan oleh kerajaan Malaysia," katanya. "Kami akan mengkuarantin diri selama 14 hari seperti yang diarahkan untuk melihat sebarang gejala (jika ada) dan sangat gembira dapat pulang dan berehat di rumah."

Beliau mengakhiri catatannya dengan menzahirkan penghargaan kepada para pekerja jagaan kesihatan yang bertungkus lumus menangani pandemik COVID-19.

Sumber : CNA/TQ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan