Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Hanya AS$40 juta pisahkan ‘The Lion King' dengan rekod pecah panggung Incredibles 2

Filem 'buatan semula' atau remake filem-filem klasik Disney baru-baru ini menjadi perbualan ramai. Antaranya adalah filem animasi The Lion King, yang hampir-hampir memecahkan rekod pecah panggung.

Anggaran Waktu Membaca:
Hanya AS$40 juta pisahkan ‘The Lion King' dengan rekod pecah panggung Incredibles 2

Filem baru 'The Lion King' dijadual ditayangkan di pawagam pada 2019. (Gambar: Disney/Facebook)

Diterbitkan : 07 Aug 2019 02:10PM Dikemas Kini : 07 Aug 2019 02:11PM

AMERIKA SYARIKAT: Filem 'buatan semula' atau remake filem-filem klasik Disney baru-baru ini menjadi perbualan ramai. Antaranya adalah filem animasi The Lion King, yang hampir-hampir memecahkan rekod pecah panggung.

Menurut Forbes, Incredibles 2 menjadi filem animasi dengan pendapatan paling lumayan dalam sejarah, dengan kutipan keseluruhan AS$1.243 bilion yang diraihnya dua tahun lalu. Selepas hujung minggu lalu, kutipan global The Lion King melonjak kepada AS$1.2 bilion - hanya lagi AS$43 juta (S$59.5 juta) untuk mencapai kedudukan #1 itu.

Persoalannya sekarang, menurut Forbes, bukan sama ada The Lion King akan berjaya menyaingi rekod itu. Sebaliknya, yang menjadi pertanyaan adalah sejauh manakah filem itu akan memecahkan rekod tersebut.

Forbes menerangkan, hanya 17 hari selepas ia ditayangkan, filem itu meraih kutipan AS$431.2 juta di Amerika Syarikat, kurang AS$177 juta kutipan keseluruhan Incredibles 2. Namun kutipan antarabangsa The Lion King kini mencecah AS$768.6 juta - sebahagian besarnya disumbang oleh pasaran China.

Jumlah ini AS$577 juta lebih tinggi berbanding dengan kutipan antarabangsa Incredibles 2 dalam tempoh empat minggu.

Adakah kehebatan The Lion King akan terus menguasai pawagam-pawagam domestik dan antarabangsa bagi minggu-minggu mendatang? Hanya para peminat Disney saja yang akan menentukannya.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan