Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Hana Rosli, Hans Hamid digelar juara Elit Suria

Hana Rosli dan Hans Hamid digelar sebagai juara pertandingan Elit Suria dengan masing-masing membawa pulang hadiah $10,000.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Hana Rosli dan Hans Hamid digelar sebagai juara pertandingan Elit Suria dengan masing-masing membawa pulang hadiah $10,000.

Mereka yang turut bertanding dalam peringkat akhir rancangan televisyen realiti itu ialah Haziq Halim, Amyrah Mustafa, Farahnurmadina dan Farid Azhar.

Turut membuat penampilan istimewa ialah pengadil undangan dari Malaysia, Encik Awal Ashaari dan hos mapan Singapura, Cik Rilla Melati.

Juara Elit Suria, Hana Rosli. (Gambar: Mediacorp Suria/Facebook)

(Juara Elit Suria, Hana Rosli. Gambar: Mediacorp Suria/Facebook)

PESERTA SUDAH BERSEDIA SERIKAN KACA TV

Sejak episod pertamanya empat bulan yang lalu, para peserta sudah melalui pelbagai latihan daripada beberapa pakar dalam arena hiburan untuk mengasah bakat mereka menjadi wajah baru Suria.

Juara Elit Suria, Hans Hamid. (Gambar: Mediacorp Suria/Facebook)

(Juara Elit Suria, Hans Hamid. Gambar: Mediacorp Suria/Facebook)

Mengulas tentang mutu barisan finalis itu, Penerbit Elit Suria, Cik Fadila Abdul Wahid berkata kesemua daripada mereka sudah bersedia untuk menyerikan kaca tv Suria dalam bidang pengacaraan.

Namun di pihaknya, beliau mempunyai harapan yang lebih besar iaitu untuk melihat mereka mencuba bidang lain, termasuk berlakon dalam drama tempatan mahupun di seberang tambak.

"Harapan kami adalah agar mereka dapat mengacarakan pelbagai genre, dan juga menjadi artis Suria serba boleh mungkin juga dalam bidang lakonan tapi yang paling penting adalah untuk menyemarakkan lagi industri hiburan tempatan," tambahnya lagi.

Kesemuanya lebih daripada 300 peserta disaring dalam sesi uji bakat, dan daripada 16 peserta yang terpilih, enam daripada mereka ini merupakan yang terbaik.

Sepanjang berapa tahun akan datang, para finalis itu berpeluang tampil sebagai pengacara bagi rancangan-rancangan Suria. 

Sumber : BERITA Mediacorp/UR/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan