Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Hampir 2 tahun, Nora masih rindu arwah Johan Nawawi

Peribahasa Melayu berbunyi, patah tumbuh, hilang berganti. Namun bagi penyanyi Malaysia Nora Ariffin, kehilangan arwah suaminya Johan Nawawi hampir dua tahun lalu masih tidak terperi.

Anggaran Waktu Membaca:
Hampir 2 tahun, Nora masih rindu arwah Johan Nawawi

Petikan Instragram Nora (Gambar: Instagram)

Diterbitkan : 24 Sep 2018 10:21PM Dikemas Kini : 24 Sep 2018 10:27PM

MALAYSIA: Peribahasa Melayu berbunyi, patah tumbuh, hilang berganti. Namun bagi penyanyi Malaysia Nora Ariffin, kehilangan arwah suaminya Johan Nawawi hampir dua tahun lalu masih tidak terperi.

Di akaun Instagramnya hari ini (24 Sep), Nora memuat naik video pendek menunjukkan kompilasi gambar beliau bersama arwah suaminya yang meninggal dunia tahun lalu.

"Hari ini 24 September 2018, genap satu tahun lapan bulan suami tercinta Johan Nawawi telah kembali ke rahmatullah.

"Sesungguhnya pemergian Johan telah banyak mengajar saya erti kehidupan, hakikat dan takdir hidup yang sebenarnya," tulis artis itu dalam catatan yang sudah menerima lebih 20,500 'views' dan ribuan 'likes'.

"Johan pergi di waktu kami sedang bahagia dan merancang untuk 'anniversary' ke-25 tahun kami. Rindu memang tak terkata".

Allahyarham Johan Nawawi, yang juga merupakan seorang komposer lagu terkenal, meninggal dunia pada 24 Mac 2017.

Meskipun mengaku masih rasa "keperitan" atas pemergian suaminya secara mendadak, Nora cekal kuatkan diri "demi anak-anak".

"Demi anak- anak, saya harus kuat. Saya tidak pernah mengharapkan bantuan sesiapa pun, apatah lagi meraih simpati. Cukuplah Allah bersama saya," tulis Nora.

Beliau juga sempat meluahkan rasa terima kasih buat "semua sahabat & peminat" yang membantu beliau dan sentiasa kekal positif.

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan