Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Hamid Gurkha terkilan tidak dapat ziarah arwah Jamali Shadat

"Dalam keadaan sekarang, nak ziarah jenazah tak boleh. Lagipun Pak Hamid tak kuat lagi. Semasa arwah sakit pun, dia tak dapat pergi melawat," kata Timah Abdul Hamid, 78, isteri kepada pelawak Malaysia dan pelakon veteran, Hamid Gurkha, 88.

Anggaran Waktu Membaca:
Hamid Gurkha terkilan tidak dapat ziarah arwah Jamali Shadat

Hamid Gurkha (kanan) bersama arwah Jamali Shadat. (Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 03 Feb 2021 10:29PM Dikemas Kini : 03 Feb 2021 10:33PM

KUALA LUMPUR: "Dalam keadaan sekarang, nak ziarah jenazah tak boleh. Lagipun Pak Hamid tak kuat lagi. Semasa arwah sakit pun, dia tak dapat pergi melawat," kata Timah Abdul Hamid, 78, isteri kepada pelawak Malaysia dan pelakon veteran, Hamid Gurkha, 88, mengenai pasangan serasi Hamid di pentas komedi, Jamali Shadat yang meninggal dunia hari ini (3 Feb).

Cik Timah ketika dihubungi berkata, mereka dimaklumkan tentang berita sedih itu oleh salah seorang anak Jamali yang menghubungi mereka pada pagi tadi.

"Sebagai rakan baik, sudah tentulah Pak Hamid sedih. Dia pun tak sihat dan kini mengalami masalah pendengaran. Nak ziarah pun sukar, jadi Pak Hamid hanya boleh ucapkan takziah dan sedekahkan al-Fatihah apabila rakan baiknya itu meninggal dunia," katanya.

Hamid atau nama sebenarnya Abdul Hamid Abdul Rahman yang kini menetap di Taman Sri Andalas, Klang adalah pasangan serasi Jamali ketika beraksi di atas pentas komedi bermula pada era 1970-an dan 1980-an.

Mereka juga pernah menghasilkan album sketsa Jenaka Pilihan Jamali Shadat dan Hamid Gurkha terbitan Life Records. 

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan