Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Halil Chik diserang angin ahmar

Penyanyi terkenal era 1970-an dan 1980-an Halil Chik, dimasukkan ke hospital pada Rabu malam (19 Jun) setelah diserang angin ahmar di kediamannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Halil Chik diserang angin ahmar

(Gambar: Facebook/@persatuansenimanmalaysia2)

Diterbitkan : 21 Jun 2019 08:53AM Dikemas Kini : 21 Jun 2019 09:01AM

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal era 1970-an dan 1980-an Halil Chik, dimasukkan ke hospital pada Rabu malam (19 Jun) setelah diserang angin ahmar di kediamannya.

Media tempatan melaporkan penyanyi yang berusia 70 tahun itu sedang berada di kediamannya di Bukit Antarabangsa apabila diserang penyakit tersebut, lalu dikejarkan ke Hospital Ampang.

Seorang rakan karibnya Tommie Tumiran dilaporkan bergegas ke rumah Halil setelah dimaklumkan tentang khabar itu oleh anak penyanyi tersebut.

“Anaknya memberitahu Halil tak boleh bangun langsung. Nak dipapah pun tak boleh. Apabila sampai dan melihatkan keadaannya, saya terpaksa panggil seorang rakan yang berbadan sasa untuk mendukungnya masuk ke dalam kereta saya," kata Tommie seperti dilaporkan Harian Metro.

Berita Harian Malaysia pula melaporkan Halil pada awalnya dimasukkan ke Unit Penjagaan Rapi (ICU) dan menjalani pemeriksaan serta imbasan kepala. Tommie memaklumkan doktor mendapati tekanan darah Halil amat tinggi, melebihi bacaan 200.

“Pada awalnya, Halil dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), namun menerusi pemeriksaan dan imbasan di kepalanya, tiada pendarahan berlaku. Kini, dia sudah dipindahkan ke wad biasa,” kata Tommie.

Harian Metro melaporkan Tommie sebagai berkata keadaan kesihatan Halil sebelum ini memang kurang baik.

“Setiap kali berjumpa, saya bimbang melihat keadaannya yang kurang bermaya untuk bercakap, tak berdaya untuk berjalan dan ada sindrom nyanyuk,” kata beliau.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan