Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Hady Mirza rampas takhta juara mingguan GV2019; Feeza tersingkir

Konsert minggu keenam Gegar Vaganza 2019 (GV2019) menyaksikan penyanyi kelahiran Singapura, Hady Mirza, berjaya mengungguli kedudukan pertama manakala Feeza pula menjadi bintang keempat yang digugurkan daripada pertandingan itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Hady Mirza rampas takhta juara mingguan GV2019; Feeza tersingkir

(Gambar: hadymirzaofficial/Instagram)

Diterbitkan : 18 Nov 2019 12:15PM Dikemas Kini : 18 Nov 2019 12:17PM

KUALA LUMPUR: Konsert minggu keenam Gegar Vaganza 2019 (GV2019) menyaksikan penyanyi kelahiran Singapura, Hady Mirza, berjaya mengungguli kedudukan pertama manakala Feeza pula menjadi bintang keempat yang digugurkan daripada pertandingan itu.

Seramai 10 bintang GV2019 menyampaikan lagu yang pernah mengungguli carta dalam dan luar negara serta lagu yang mengimbau kenangan lalu, mengikut tema 'Melets', dengan penuh bergaya.

Hady memberikan persaingan sengit kepada semua bintang yang bertanding menerusi penyampaian luar biasanya bagi lagu Cinta Luar Biasa, dendangan asal penyanyi Indonesia, Andmesh.

Namun, nasib tidak menyebelahi Feeza yang menyanyikan lagu Terus Mencintai oleh Siti Nordiana. Beliau kedengaran goyah pada permulaan lagu pada malam itu.

Konsert minggu keenam juga menyaksikan Wann, yang mempersembahkan lagu Pengemis Cinta nyanyian ratu rok Ella, dipilih sebagai penerima Artis Cili Padi Paling Power, lapor Astro GEMPAK.

Anugerah tersebut diberikan kepada bintang paling menyerlah dan persembahan terbaik, berdasarkan pengadilan juri.

Pemenang menerima hadiah istimewa bernilai RM3,000 (S$982) dan bekalan produk Adabi bernilai RM500 (S$163).

Selain juara mingguan, Hady Mirza turut diumumkan sebagai Bintang Cuckoo Paling Gempak dan memenangi Periuk Nasi Induksi bernilai RM3,100 (S$1,015).

Sementara itu, balu Yazit Search, Ramlah, diundang sebagai penerima sumbangan Farm Fresh Kongsi Rezeki bernilai RM10,000 (S$3,275).

Persaingan sengit yang ditonjolkan kesemua bintang GV2019 semalam meninggalkan juri tetap Ramli MS dan Hetty Koes Endang serta juri jemputan, komposer Saari Amri, sukar untuk menentukan siapa yang layak berada di kedudukan pertama. 

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan