Images
  • eric clapton
    Guitar yang digunakan Eric Clapton di sebuah konsert pada 1970 bakal dilelong. (Gambar: AFP)

Guitar Eric Clapton, Elvis Presley bakal dilelong

NEW YORK: Lebih 900 barangan milik bintang musik dunia termasuk Eric Clapton, Elvis Presley, Madonna dan Michael Jackson akan dilelong di New York minggu ini, lapor Reuters.

Barang yang menjadi tumpuan adalah guitar akustik milik Eric Clapton yang digunakannya atas pentas sewaktu sebuah konsert pada 1970 di London.

Guitar Martin itu dijangka dijual antara ASS$300,000 (S$406,007) dengan AS$500,000 (S$676,795), kata Martin Nolan, pengarah eksekutif Julien's Auctions. Bidaan untuk guitar itu dan barangan lain akan berlangsung pada Jumaat dan Sabtu di Hard Rock Cafe di New York dan secara online.

Guitar yang digunakan Elvis Presley dan kemudian dihadiahkan kepada Norman Taurog yang mengarah kebanyakan filemnya, dijangka dijual pada harga sehingga AS$90,000 (S$121,823). Penjualan lelong itu juga akan memaparkan sut yang dipakai Madonna dalam filem "Evita" yang dinilai sehingga AS$12,000 (S$16,234).

Pakaian Amy Winehouse dan Katy Perry juga akan dilelong.

Selain itu, bebera barangan band rock Nirvana dan Kurt Cobain akan turut dijual.

"Kami mempunyai gambar Kurt Cobain sewaktu zaman remajanya. Amat jarang anda akan menemui gambar Kurt Cobain pada usia muda, tiket-tiket konsert. Apa jua milik Kurt Cobain amat diburu," kata Martin Nolan.  

- REUTERS/SM/sm

Top