Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Green Day kembali beraksi di S'pura; persinggahan pertama dalam siri konsert jelajah

Bagi peminat setia kugiran Green Day, berita ini pasti akan Wake Me Up When September Ends (Kejutkan saya bila September berakhir): Trio terkenal itu akan kembali beraksi di Singapura pada 8 Mac 2020!

Anggaran Waktu Membaca:
Green Day kembali beraksi di S'pura; persinggahan pertama dalam siri konsert jelajah

Green Day akan kembali beraksi di Singapura pada 8 Mac 2020, jam 8.00 malam di Stadium Tertutup Singapura. (Gambar: Pamela Littky)

Diterbitkan : 11 Sep 2019 02:41PM Dikemas Kini : 11 Sep 2019 02:45PM

SINGAPURA: Bagi peminat setia kugiran Green Day, berita ini pasti akan Wake Me Up When September Ends (Kejutkan saya bila September berakhir): Trio terkenal itu akan kembali beraksi di Singapura pada 8 Mac 2020!

Singapura akan menjadi perhentian pertama konsert jelajah baru mereka ke Asia dan Eropah bagi mempromosikan album ke-13 mereka, Father of All..., yang akan menemui peminat pada 7 Februari 2020.

Butiran bagi tiket konsert di Singapura akan diumumkan tidak lama lagi. Menurut laman Bandwagon, tiket-tiket dijangka dijual bermula Jumaat, 20 September di laman web kugiran tersebut.

Berikut adalah senarai tarikh dan bandar-bandar di mana konsert mereka akan diadakan di Asia tahun depan:

08 Mac – Singapura @ Stadium Tertutup Singapura
11 Mac – Bangkok @ Impact Arena
14 Mac – Manila @ Mall of Asia Arena
17 Mac – Taipei @ Taipei Arena
20 Mac – Hong Kong @ Asia World Expo
22 Mac – Seoul @ Jamsil Indoor Gym
25 Mac – Osaka @ Intex
27 Mac – Tokyo @ Makuhari, Messe

Pemenang Anugerah Grammy sebanyak lima kali itu - terdiri daripada vokalis Billie Joe Armstrong, pemain gitar bes Mike Dirnt dan pemain dram, Tre Cool - kali terakhir mengadakan konsert di Singapura pada 2010, juga di Stadium Tertutup Singapura.

Green Day ditubuhkan pada 1986 di Berkeley, California, dan berjaya menjual lebih 70 juta rekod di seluruh dunia.

Sumber : CNA/TQ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan