Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Gitaris kumpulan Damasutra, Naharuddin Yunus, meninggal dunia

Pemain gitar utama kumpulan Damasutra, Naharuddin Yunus, meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Ampang pada Rabu (30 Okt), menurut media Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
Gitaris kumpulan Damasutra, Naharuddin Yunus, meninggal dunia

(Gambar: Facebook/Damasutra)

Diterbitkan : 01 Nov 2019 08:45PM Dikemas Kini : 01 Nov 2019 09:05PM

MALAYSIA: Pemain gitar utama kumpulan Damasutra, Naharuddin Yunus, meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Ampang pada Rabu (30 Okt), menurut media Malaysia.

Sinar Harian melaporkan, Allahyarham Naharuddin, juga dikenali sebagai Alok, meninggal dunia sekitar 3.00 pagi selepas usaha untuk menyelamatkannya gagal.

Menurut anaknya Ahmad Fadzli Naharuddin, Alok, tidak pernah didiagnos menghidapi penyakit jantung sebelum ini.

Bagaimanapun Allahyarham, yang berusia 55 tahun, mula batuk berdarah dan mengalami masalah pernafasan sejak Sabtu lalu.

“Bila dapat tahu saya terus membawa ayah ke Klinik di Hulu Langat namun keadaan ayah bertambah teruk sejurus sesak nafas dan tidak dapat berjalan dengan sempurna awal pagi ini," kata Ahmad Fadzli menurut laporan Sinar Harian pada Rabu.

"Pemeriksaan telah dilakukan pasukan perubatan Hospital Ampang namun mereka mendapati bacaan jantungnya lemah.

"Tidak lama kemudian, ayah tiada tindak balas sebelum meninggal dunia."

Ahmad Fadzli turut berkongsi bahawa pada malam sebelum pemergian Allahyarham Naharuddin, beliau sempat membawa ayahnya keluar makan malam.

"Seronok malam tadi saya melihat ayah makan namun tidak menyangka hari ini dia pergi meninggalkan kami," katanya pada Rabu.

Allahyarham Naharuddin menyertai Damasutra pada 1991. Kumpulan tersebut menghasilkan empat album sehingga 1996: Antara Sutra dan Bulan, Asyik, Kurnia dan Penawar.

Antara lagu kumpulan itu yang terkenal adalah Umpama Mimpi dalam Mimpi, yang memenangi Persembahan Terbaik dalam pertandingan Anugerah Juara Lagu 1991.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan