Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Gitar 'Unplugged' Cobain dilelong pada harga rekod AS$6 juta

Gitar yang dimainkan ikon 'grunge rock' Kurt Cobain semasa persembahan bersejarah MTV Unplugged pada 1993 dijual pada Sabtu (20 Jun) pada harga rekod AS$6 juta (S$8.38 juta), menurut agensi lelong Julien's Auctions.

Anggaran Waktu Membaca:
Gitar 'Unplugged' Cobain dilelong pada harga rekod AS$6 juta

Gitar akustik Kurt Cobain (Gambar: AFP/Daniel Leal-Olivas)

Diterbitkan : 22 Jun 2020 12:44AM Dikemas Kini : 22 Jun 2020 12:45AM

LOS ANGELES: Gitar yang dimainkan ikon 'grunge rock' Kurt Cobain semasa persembahan bersejarah MTV Unplugged pada 1993 dijual pada Sabtu (20 Jun) pada harga rekod AS$6 juta (S$8.38 juta), menurut agensi lelong Julien's Auctions.

Gitar retro akustik-elektrik 1959 Martin D-18E dimainkan Cobain semasa persembahan yang mencipta kejayaan Nirvana di New York - hanya lima bulan sebelum beliau membunuh diri pada umur 27 tahun - dijual kepada Peter Freedman, pengasas RODE Microphones, menurut Julien's Auctions.

Pada harga AS$6.01 juta (S$8.40 juta) selepas yuran dan komisyen, alat muzik itu selain beberapa rekod lain, memegang rekod gitar paling mahal yang pernah dilelong.

Bidaan permulaan dianggarkan AS$1 juta (S$1.40 juta).

Encik Freedman berkata beliau bercadang untuk mempamerkan gitar itu dalam satu konsert jelajah dunia, dengan hasil kutipan disalurkan kepada seni persembahan.

Gitar itu dijual dengan sarungnya, yang dihias oleh Cobain dengan risalah daripada album tahun 1990 Feel the Darkness oleh kugiran punk rock, Poison Idea.

Sebelum ini, gitar termahal dalam sejarah adalah sebuah gitar Fender Stratocaster, diberi gelaran "Black Strat" yang digunakan oleh pemain gitar Pink Floyd, David Gilmour.

Ia dijual oleh pemuzik itu pada harga hampir AS$4 juta (S$5.59 juta) semasa jualan amal pada Jun 2019.

Persembahan akustik Nirvana semasa rakaman siri popular MTV Unplugged pada 18 Nov 1993 dijulang ramai sebagai salah satu album 'live' terhebat dalam sejarah.

Pada Oktober 2019, baju Cobain dengan kesan terbakar puntung rokok yang dipakainya semasa persembahan "Unplugged" itu dijual pada harga AS$334,000 (S$466,750).

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan