Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

'Gila' dinobat pemenang Anugerah Juara Lagu ke-35

Lagu dendangan Kaka Azraff, Noki dan Loca B turut buat juri AJL jadi 'Gila, gila, gila, gila...' 

Anggaran Waktu Membaca:
'Gila' dinobat pemenang Anugerah Juara Lagu ke-35

(Petikan skrin: YouTube TV3Malaysia Official)

Diterbitkan : 15 Mar 2021 09:33AM Dikemas Kini : 15 Mar 2021 09:45AM

MALAYSIA: Nandung-nandung lagu kampung
Angin sayu awan mendung...

Itulah baris-baris awal Gila nyanyian Kaka Azraff, Noki dan Loca B, namun ternyata nasib lagu tersebut tidak sedikit pun 'mendung' mahupun 'sayu' setelah ia dinobat juara Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) di acara kemuncak program itu pada Ahad malam (14 Mac).

Kemenangan lagu hasil gubahan dan lirik oleh Noki, Loca B dan Ezra Kong itu lantas bererti mereka berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM50,000 (S$16,330) berserta trofi.

AJL35 diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam di bawah keadaan norma baru setelah ditunda lebih sebulan. Ia disiarkan secara langsung di TV3 dan melalui saluran YouTube TV3 Malaysia.

Awal Ashaari, Sherry Alhadad dan Haziq Husni menjadi hos majlis anugerah yang berlangsung tanpa penonton itu, lapor Malaysiakini.

Aina Abdul pula membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM35,000 (S$14,430) dan trofi setelah lagu nyanyian dan ciptaannya, Semalam, dijulang sebagai naib juara.

Lagu Belenggu Rindu dendangan Jamal Abdillah dan Wani Hasrita hasil ciptaan penggubah Hael Husaini dan Ezra Kong pula mendapat tempat ketiga, membawa pulang trofi dan wang tunai RM20,000 (S$6,530).

Ernie Zakri yang mempersembahkan lagu Gundah pula dipilih sebagai pemenang Vokal Terbaik sementara Persembahan Terbaik dimenangi Zizi Kirana melalui lagu Eh.

Persembahan-persembahan finalis AJL35 malam tadi dinilai sepuluh juri profesional Malaysia yang diketuai oleh Mokhzani Ismail.

Juri-juri lain adalah Azmeer, Ajai, Syafinaz, Edrie Hashim, Helen Yap, AG Coco, LY, Acis dan Lukhman S, lapor Malaysiakini. 

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan