Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Gaya Neelofa dapat perhatian agensi antarabangsa

Keberanian Neelofa dalam bereksperimentasi dari segi penampilan kadang kalanya membuat beliau menjadi 'bahan' parodi warga internet, namun berjaya menarik perhatian agensi antarabangsa - sejauh London dan Paris!

Anggaran Waktu Membaca:
Gaya Neelofa dapat perhatian agensi antarabangsa

Neelofa dan gaya topinya (kanan) yang dijadikan parodi (kiri) (Gambar: Facebook/Lawak Hambar)

Diterbitkan : 31 Oct 2018 11:19PM Dikemas Kini : 31 Oct 2018 11:43PM

AGENSI BERITA: Keberanian Neelofa dalam bereksperimentasi dari segi penampilan kadang kalanya membuat beliau menjadi 'bahan' parodi warga internet.

Baru-baru ini, tular di media sosial gambar beliau memakai topi besar, disunting dan digantikan dengan keropok ikan.

Malah, laman Marketing Interactive juga melaporkan gaya Neelofa dalam gambar tersebut menjadi 'ilham' bagi syarikat Domino's Malaysia dalam satu iklan yang memaparkan seorang wanita memakai piza sebagai topi.

Iklan di akaun Facebook Domino's berilhamkan gaya Neelofa (Gambar: Facebook/Domino's M'sia)

Namun hakikatnya, kehebatan fesyen pengacara MeleTOP itu bukan sahaja menarik perhatian 'netizen' mahupun agensi iklan yang bijak berjenaka.

Astro Awani melaporkan, dua agensi antarabangsa di London dan Paris berminat untuk menawarkan kontrak kepada Neelofa di bawah pengurusan mereka.

Neelofa, atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, berkongsi dengan Astro Awani bahawa beliau bakal bertemu dengan agensi tersebut pada November ini untuk menandatangani kontrak.

Meskipun belum bersedia mendedahkan nama agensi tersebut atau butiran lanjut, Neelofa, 29 tahun, berkata ia sebahagian daripada usahanya untuk mengukuhkan lagi nama dalam bidang fesyen dan kecantikan Muslimah.

Tambah Astro Awani, pemenang Pengacara TV Popular sebanyak lima kali di Anugerah Bintang Popular itu memberitahu bahawa kerjasama tersebut tidak membabitkan bidang lakonan mahupun pengacaraan.

Hah, mungkinkah topi 'keropok ikan' bakal diperagakan di kota London dan Paris nanti?

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan