Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Gara-gara tweet emoji Jalur Gemilang, pelakon Star Wars ini terima banyak 'followers' dari Malaysia!

Gara-gara memuat naik emoji bendera Jalur Gemilang menerusi satu status di Tweeter, pelakon Star Wars, Mark Hamill terima banyak pengikut dari Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
Gara-gara tweet emoji Jalur Gemilang, pelakon Star Wars ini terima banyak 'followers' dari Malaysia!

(Gambar: Twitter)

Diterbitkan : 20 Jan 2020 03:11PM Dikemas Kini : 20 Jan 2020 03:15PM

WASHINGTON: Gara-gara memuat naik emoji bendera Jalur Gemilang menerusi satu status di Tweeter, pelakon Star Wars, Mark Hamill terima banyak pengikut dari Malaysia.

Menerusi status yang dimuat naik itu, Mark Hamill menyatakan bahawa beliau akan menutup akaun Facebooknya sebagai bantahan terhadap keputusan Mark Zuckerberg membenarkan iklan politik termasuk pembohongan dan propaganda dimuat naik ke laman sosial itu.

Di akhir status tersebut, dia turut menyertakan emoji jalur gemilang.

“Sangat kecewa bila #MarkZuckerberg mementingkan keuntungan lebih daripada kebenaran apabila saya telah memutuskan untuk memadamkan akaun Facebook saya.

“Saya tahu tiada siapa peduli, tetapi saya akan tidur nyenyak malam ini,” katanya dalam tweet tersebut.

Hamill kemudian memberitahu bahawa beliau menerima ramai pengikut dari Malaysia gara-gara tweet tersebut apabila ia menjadi tular.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan