Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Gara-gara komitmen niaga, Fattah rehat seketika dari industri seni

Fattah Amin terpaksa berehat seketika daripada menerima sebarang tawaran lakonan bagi memberi ruang untuk memberi tumpuan kepada perniagaannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Gara-gara komitmen niaga, Fattah rehat seketika dari industri seni

Fattah Amin. (Gambar: Fattah Amin/Instagram)

Diterbitkan : 14 Feb 2018 07:52PM Dikemas Kini : 14 Feb 2018 07:53PM

KUALA LUMPUR: Fattah Amin terpaksa berehat seketika daripada menerima sebarang tawaran lakonan bagi memberi ruang untuk memberi tumpuan kepada perniagaannya.

Sejak Januari lalu, bekas Hero Remaja yang berusia 27 tahun itu tidak membuat komitmen bagi sebarang penggambaran kerana ingin memberi ruang untuk dirinya meneroka hal-hal lain di luar lapangan seni.

“Setakat ini, saya tidak mengambil tawaran berlakon kerana perlu selesaikan beberapa komitmen lain. Antaranya memberi tumpuan terhadap jenama diet, MRP Diet Soup yang bakal dilancarkan bulan depan," katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Fattah, meskipun produk itu sudah dijual sejak beberapa bulan lalu, perasmiannya hanya akan dilakukan Mac ini.

Selain sup mengurangkan berat badan yang menawarkan beberapa perisa seperti ayam, tom yum dan cendawan, pelakon popular itu juga sedang mengusahakan sebuah ruang acara untuk disewakan.

“Pada masa sama, saya juga turut menubuhkan Stalkers Cafe Event Space dan Alhamdulillah, tempahan ruang majlis yang kami terima begitu menggalakkan. Malah kami juga turut merancang untuk melakukan showcase akustik istimewa. InsyaAllah, Fazura pun akan turut serta.

Satu-satunya komitmen berhubung industri seni yang diambil Fattah adalah sebuah sesi promosi filem aksi lakonannya, KL Special Force yang bakal ditayangkan bulan depan.

Dalam filem yang turut dibintangi Rosyam Noor dan Syamsul Yusof itu, Fattah memainkan watah yang berlainan daripada watak romantik yang selalu dilakonkannya, menurut laporan Sinar Harian.

"Dalam filem ini, terdapat beberapa adegan yang memerlukan saya melakukan lagak yang sukar dan ekstrem yang selalunya dilakukan oleh pelagak ngeri," katanya.

Dengan jamuan perkahwinannya dengan Nur Fazura yang bakal menjelang, jadual pasangan berkenaan semakin sibuk.

Maka itu, Fattah memberitahu Sinar Harian bahawa beliau “kena susun jadual supaya tidak kelam-kabut”. Beliau ditemui di majlis pratonton drama televisyen lakonan Fazura, Janji Zehan di GSC Signature baru-baru ini.  

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan