Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Game Of Thrones catat 32 rekod pencalonan bagi anugerah Emmy

HBO dan siri fantasi terbitannya, Game Of Thrones (GOT), mendahului senarai pencalonan pada Selasa (16 Jul) bagi anugerah Emmy yakni pengiktirafan tertinggi buat rancangan televisyen.

Anggaran Waktu Membaca:
Game Of Thrones catat 32 rekod pencalonan bagi anugerah Emmy

Bintang Game of Thrones, Emilia Clarke dan Kit Harington. (Gambar: HBO)

Diterbitkan : 17 Jul 2019 11:21AM Dikemas Kini : 17 Jul 2019 11:27AM

LOS ANGELES: HBO dan siri fantasi terbitannya, Game Of Thrones (GOT), mendahului senarai pencalonan pada Selasa (16 Jul) bagi anugerah Emmy yakni pengiktirafan tertinggi buat rancangan televisyen.

HBO menduduki tangga teratas dengan meraih sebanyak 137 pencalonan, 32 daripadanya bagi pemenang tiga kali siri drama terbaik iaitu GOT, selain pengiktirafan untuk pelakon-pelakon utama Kit Harington dan Emilia Clarke.

Jumlah pencalonan yang diterima GOT, di mana musim terakhirnya sudahpun tamat disiarkan pada Mei, mencatatkan rekod bagi sesebuah program drama dalam setahun.

Netflix menyusul dengan 117 pencalonan, kebanyakannya bagi drama berkisarkan keadilan kaum iaitu When They See Us dan drama komedi Russian Doll.

Anugerah Emmy akan disampaikan dalam satu majlis di Los Angeless pada 22 September ini.

Saingan GOT dalam kategori utama siri drama terbaik adalah Better Call Saul, cerita-cerita seram British - Bodyguard dan Killing Eve, Ozark, rancangan tukar jantina Pose, drama keluarga This Is Us serta siri dinasti mogul media Succession.

Rangkaian TV dan perkhidmatan penstriman bersaing sengit bagi mendapatkan pencalonan Emmy, yang boleh membantu menarik perhatian kepada program serta membawa masuk penonton atau pelanggan baru.

HBO sudah lama menjadi pilihan bagi anugerah Emmy dengan mendahului pencalonan buat 17 tahun. Namun pada 2018, Netflix menyaingi HBO dengan meraih 112 pencalonan berbanding 118 yang diterima HBO. Akhirnya, kedua-dua rangkaian TV itu seri dengan masing-masing merangkul 23 anugerah.

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan