Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Gadis dikenali hampir 14 tahun jadi suri hati Zamani Slam

Vokalis kugiran Slam, Zamani, akhirnya menamatkan zaman bujang pada Jumaat (20 Sep)

Anggaran Waktu Membaca:
Gadis dikenali hampir 14 tahun jadi suri hati Zamani Slam

Zamani Slam selamat menikahi pilihan hatinya pada 20 Sep 2019. (Gambar: zimeproduction/Instagram)

Diterbitkan : 21 Sep 2019 10:29AM Dikemas Kini : 21 Sep 2019 10:31AM

KUALA LUMPUR: Vokalis kugiran Slam, Zamani, akhirnya menamatkan zaman bujang pada Jumaat (20 Sep). Hanya dengan sekali lafaz, beliau sah bergelar suami kepada suri hatinya Nur Juliana Abdul Rani.

Majlis pernikahan tersebut berlangsung dalam suasana serba sederhana di Ampang, Kuala Lumpur, menurut kenyataan yang diterima Astro Gempak. Ia disaksikan oleh ahli keluarga dan kenalan terdekat sahaja.

Nur Juliana menerima sebentuk cincin dan mas kahwin bernilai RM300 (S$99) dari Zamani. Tujuh dulang hantaran juga diserahkan kepada pihak pengantin perempuan yang membalas dengan sembilan.

Astro Gempak difahamkan pasangan mempelai sudahpun saling mengenali satu sama lain selama hampir 14 tahun dan mereka bakal berangkat untuk menunaikan ibadah umrah bersama-sama tidak lama lagi.

Majlis persandingan Zamani dan Nur Juliana bakal diadakan pada suatu tarikh yang hanya akan diumumkan kelak.
 

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan