Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Finas usul akta khusus kawal selia kandungan digital, penstriman video

Satu akta perlu diwujudkan untuk mengawal selia kandungan filem atau program yang disediakan di platform digital terutama video atas permintaan (VOD) dan penyedia penstriman video.

Anggaran Waktu Membaca:
Finas usul akta khusus kawal selia kandungan digital, penstriman video

Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 17 Nov 2019 06:43PM Dikemas Kini : 17 Nov 2019 06:49PM

KUALA LUMPUR: Satu akta perlu diwujudkan untuk mengawal selia kandungan filem atau program yang disediakan di platform digital terutama video atas permintaan (VOD) dan penyedia penstriman video.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri, berkata tindakan itu perlu memandangkan kandungan digital seperti Netflix tidak ditapis selain mempunyai rangkaian yang lebih meluas berbanding rangkaian televisyen tempatan.  

"Kalau kita kawal kandungan di platform media tempatan sahaja tetapi kandungan (dalam talian) program antarabangsa terbuka kepada sesiapapun, ia akan tetap merisikokan pembangunan minda anak-anak kita. 

"Ia akan bertentangan dengan arah tuju Finas dalam menghasilkan kandungan yang mana kita perlu menerapkan nilai kekeluargaan, identiti, budaya dan nilai murni lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Keluarga Sejahtera 2019 hari ini (17 Nov).

Ahmad Idham berkata pihaknya telah berjumpa dengan Lembaga Penapisan Filem dan menyuarakan isu tersebut memandangkan pelaksanaan untuk mewujudkan undang-undang berkenaan adalah di luar bidang kuasa Finas.

"Kita buat pelbagai inisiatif untuk menjaga kandungan tapi jika kita ada platform yang dedah apa sahaja, yang kita sendiri tak kawal, akhirnya tiada siapa nak tengok kandungan (televisyen) kita kerana banyak sekatan walhal ada sebab kita tapis," jelasnya. 

Ahmad Idham berkata pihak kini merancang untuk memperbanyakkan program dan kempen dalam memberi kesedaran serta mendidik pemain industri tentang kepentingan tanggungjawab bersama memaparkan kandungan yang boleh menjana minda masyarakat.

Pihaknya juga bercadang untuk melakukan program libat urus dengan masyarakat agar mereka memahami tentang kepentingan untuk mengawal kandungan filem dan program yang disiarkan. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan