Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

FinanceBuzz upah AS$1,300 untuk tonton 13 filem paling seram

Pasti terdapat ramai di luar sana yang gemar menonton filem-filem seram. Namun adakah sesiapa yang cukup kemaruk cerita hantu sehingga sanggup menonton bukan dua atau tiga, tetapi 13 filem seram dalam masa yang singkat?

Anggaran Waktu Membaca:
FinanceBuzz upah AS$1,300 untuk tonton 13 filem paling seram

(Gambar hiasan: Facebook/The Amityville Horror)

Diterbitkan : 20 Sep 2021 10:30PM Dikemas Kini : 20 Sep 2021 10:37PM

KUALA LUMPUR: Pasti terdapat ramai di luar sana yang gemar menonton filem-filem seram. Namun adakah sesiapa yang cukup kemaruk cerita hantu sehingga sanggup menonton bukan dua atau tiga, tetapi 13 filem seram dalam masa yang singkat?

Jika ada, sebuah syarikat kewangan sanggup menawarkan individu tersebut AS$1,300 (S$1,757) untuk menonton 13 filem seram sepanjang bulan Oktober ini, lapor Astro Awani.

FinanceBuzz akan mengupah seorang sahaja individu untuk mengisi jawatan yang dinamakan Horror Movie Heart Rate Analyst, dalam usaha untuk mengetahui sama ada kos penerbitan filem mempengaruhi hasilnya.

Individu yang terpilih akan menonton 13 filem paling menakutkan yang pernah dihasilkan sambil memantau degupan jantung menggunakan Fitbit, menurut syarikat itu dalam kenyataannya.

Astro Awani memetik kenyataan syarikat itu yang berbunyi: "Kami ingin mengetahui sama ada filem seram dengan kos tinggi mampu memberikan rasa takut dengan lebih berkesan berbanding filem dengan kos rendah".

Filem-filem yang terpilih adalah Saw, Amityville Horror, A Quiet Place, A Quiet Place Part 2, Candyman, Insidious, The Blair Witch Project, Sinister, Get Out, The Purge, Halloween, Paranormal Activity dan Annabelle.

Namun terdapat satu syarat tambahan: Kesemua filem itu mesti ditonton dalam tempoh 10 hari, antara 9 hingga 18 Oktober.

Individu yang terpilih akan dibekalkan dengan alat pemantau Fitbit secara percuma.

Mereka yang berminat harus memberitahu syarikat itu mengapa mereka adalah orang terbaik untuk 'jawatan' itu dan individu terpilih akan diumumkan pada 1 Oktober depan.

Bagaimanapun, jika terdapat pembaca yang berminat untuk memohon, ini satu berita kurang baik buat anda: Hanya mereka yang tinggal di Amerika Syarikat dan berumur sekurang-kurangnya 18 tahun layak untuk memohon bagi program itu.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan