Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Filem terbaru James Bond 'No Time to Die' catat rekod pecah panggung di China

Filem James Bond terbaru 'No Time to Die', yang mula ditayangkan di pawagam-pawagam China pada Jumaat (29 Okt), mencatatkan rekod pecah panggung pada hari pertama tayangannya, menurut data Rangkaian Data Maklumat Filem China.

Anggaran Waktu Membaca:
Filem terbaru James Bond 'No Time to Die' catat rekod pecah panggung di China

Pelakon Daniel Craig mendukung watak sebagai pengintip Britain dalam filem francais James Bond. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 30 Oct 2021 07:10PM Dikemas Kini : 30 Oct 2021 07:16PM

BEIJING: Filem James Bond terbaru 'No Time to Die', yang mula ditayangkan di pawagam-pawagam China pada Jumaat (29 Okt), mencatatkan rekod pecah panggung pada hari pertama tayangannya, menurut data Rangkaian Data Maklumat Filem China.

Francais ke-25 filem Bond itu adalah yang kelima bagi Daniel Craig dan menjadi lakonan terakhirnya bagi watak pengintip Britain itu. Filem berkenaan mengutip 49.5 juta yuan (S$10 juta) pada Jumaat, lapor Xinhua.

Filem epik perang 'The Battle at Lake Changjin' turun satu tangga di tempat kedua carta, mengumpulkan 28.1 juta yuan (S$5.9 juta) selepas mengisi tempat pertama senarai sejak hampir sebulan dengan kutipan kasar pecah panggung sebanyak 5.4 bilion yuan (S$1.1 bilion).

Sementara itu, filem 'Dune’, sebuah filem cereka sins dari Britain yang diadaptasi daripada novel karya Frank Herbet, menduduki tempat ketiga carta dengan kutipan 6.4 juta yuan (S$1.3 juta).

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan