Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Filem 'Mahathir The Journey' ditunda tahun depan; tayang serentak di China

Tayangan filem biografi "Mahathir The Journey" arahan Profesor Dr Hatta Azad Khan yang mengangkat kisah perjuangan mantan Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad terpaksa ditunda ke tahun depan disebabkan pandemik COVID-19 yang masih menular di seluruh dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
Filem 'Mahathir The Journey' ditunda tahun depan; tayang serentak di China

Gambar: MAHATHIR the journey/Facebook

Diterbitkan : 21 Sep 2021 07:27AM Dikemas Kini : 21 Sep 2021 07:32AM

KUALA LUMPUR: Tayangan filem biografi "Mahathir The Journey" arahan Profesor Dr Hatta Azad Khan yang mengangkat kisah perjuangan mantan Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad terpaksa ditunda ke tahun depan disebabkan pandemik COVID-19 yang masih menular di seluruh dunia.

Filem yang dirombak sebanyak 12 kali itu diterajui Azhar Amir sebagai Dr Mahathir, manakala penyanyi dan pelakon, Fauziah Latiff memegang peranan isterinya,Dr Siti Hasmah.

Ia sepatutnya ditayangkan pada Julai, tahun lalu sempena bulan kelahiran pemimpin negara itu tetapi terpaksa ditunda ekoran situasi semasa, lapor BH Online.

Diterbitkan oleh Reliance Media Group Sdn Bhd, naskhah berkenaan berbeza dengan filem sebelumnya.

Kisahnya bermula daripada perjuangan Dr Mahathir selepas meletakkan jawatan pada 2003 bahkan beliau sendiri akan turut berlakon dalam beberapa babak penting.

Penerbit Eksekutif Taha Wahid berkata kepada BH Online bahawa filem itu selesai menjalani penggambaran pada Februari, tahun lalu.

Namun, katanya, Reliance Media Group memutuskan menunda tarikh tayangan selepas berbincang dengan pengedar filem di China.

"Sebenarnya, filem ini bukan sahaja ditayangkan di Malaysia, malah menyasarkan beberapa negara luar seperti China, Jepun dan Asia Barat.

"Kami tidak dibenarkan menayangkan filem ini kerana sudah melakukan perbincangan dengan pengedar filem di China. Tayangan perlu dilakukan secara serentak.

"Jadi, kemungkinan filem yang menelan belanja RM6 juta ini akan ditayangkan, tahun depan, itu pun bergantung kepada situasi penularan COVID-19.

"Ini berikutan lebih 3,000 pawagam masih lagi ditutup di China ketika pandemik COVID-19. Sehingga hari ini, masih belum dibuka sepenuhnya kerana pandemik belum reda," terangnya.

BH Online melaporkan, Encik Taha berkata pihaknya boleh sahaja memilih untuk menayangkan filem "Mahathir The Journey" menerusi Astro First, tetapi terikat dengan perjanjian.

"Tidak hanya itu, kami juga sudah berurusan dengan pengedar filem di Jepun dan Asia Barat.

"Ini kerana filem biografi ini membabitkan pemimpin negara yang bukan hanya dikenali di Malaysia, malah peringkat antarabangsa".

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan