Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Filem 'Glass' teroka isu mental

Filem terbaru arahan M. Night Shyamalan janjikan debaran

Anggaran Waktu Membaca:
Filem 'Glass' teroka isu mental

'Glass' menyatukan tiga watak utama The Beast (James McAvoy), David Dunn (Bruce Willis) dan Mr Glass (Samuel L. Jackson) dalam sebuah rumah sakit mental. (Gambar: Astro Awani)

Diterbitkan : 22 Jul 2018 08:06PM Dikemas Kini : 22 Jul 2018 08:07PM

AMERIKA SYARIKAT: Anda mungkin hanya pandang pada luaran seseorang dan terus membuat kesimpulan tanpa mengetahui rahsia sebenar di sebalik susuk tubuh. Sangkaan anda mungkin tepat atau mungkin juga jauh tersasar daripada hakikat sebenar.

Menurut satu laporan Astro Awani, perkara itu dikupas pengarah terkenal M. Night Shyamalan menerusi karya terbaharunya bertajuk 'Glass'.

Bagi mereka yang mengikuti hasil arahan pengarah kelahiran India berusia 47 tahun itu, pasti menanti-nantikan filem genre thriller tersebut. Astro Awani melaporkan bahawa ia adalah filem susulan bagi dua filem arahan Shyamalan sebelum ini iaitu 'Unbreakable' (2000) dan 'Split' (2017).

Filem 'Glass' menyatukan tiga watak utama iaitu 'The Beast' (James McAvoy), 'David Dunn' (Bruce Willis) dan 'Mr Glass' (Samuel L. Jackson) dalam sebuah rumah sakit jiwa. Mereka dirawat seorang pakar psikiatri lakonan Sarah Paulson yang amat yakin tiga watak berkenaan mempunyai kuasa luar biasa, lapor Astro Awani.

Tepat atau tidak sangkaan itu hanya akan terbongkar apabila filem tersebut membuka tayangannya di seluruh dunia pada 18 Januari 2019.

Sumber : Agensi berita/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan