Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Fazura jelaskan sebab tidak berlakon dalam Gol & Gincu 2

Gol & Gincu 2 kembali mengubat kerinduan peminat namun pelakon Malaysia, Nur Fazura, yang memainkan watak Putri dalam filem 'Gol & Gincu' berharap para peminatnya tidak menantikan beliau untuk membuat kemunculan dalam filem terbaru itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Fazura jelaskan sebab tidak berlakon dalam Gol & Gincu 2

Gol & Gincu Vol. 2 bakal ditayangkan di pawagam M’sia mulai 25 Oktober ini. (Gambar: @golgincu2/Instagram)

Diterbitkan : 19 Oct 2018 11:29PM Dikemas Kini : 19 Oct 2018 11:34PM

KUALA LUMPUR: Gol & Gincu 2 kembali mengubat kerinduan peminat namun pelakon Malaysia, Nur Fazura, yang memainkan watak Putri dalam filem 'Gol & Gincu' berharap para peminatnya tidak menantikan beliau untuk membuat kemunculan dalam filem terbaru itu.

Fazura mengongsi beliau mempunyai sebab tidak berlakon dalam filem Gol & Gincu 2 (GG2) meskipun pernah terlibat dalam Gol & Gincu sebelum ini.

Astro Awani menukil beliau sebagai berkata: “Saya tahu ramai tertanya-tanya kenapa saya tidak terlibat dalam Gol & Gincu kali ini. Ini kerana pada saya, watak Putri sudah tamat.

“Sekarang saya mahu beri peluang kepada pelakon baru yang hebat dan berbakat seperti Diana Danielle dan Ummi Nazeera untuk bawa cerita ini sesuai dengan generasi sekarang,” katanya selepas selesai menonton GG2.

Fazura berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram Gol & Gincu Vol. 2 selepas selesai menonton filem tersebut, lapor Astro Awani.

Meskipun tidak terlibat dalam GG2, namun Fazura tetap mahu semua peminat Gol & Gincu sebelum ini untuk menyokong filem tersebut, yang difahamkan lebih hebat dan mempunyai jalan cerita lebih segar.

“Sebagai pelakon yang pernah terlibat dalam Gol & Gincu sebelum ini, saya amat berbangga apabila dapat menonton GG2 kerana banyak kelainan yang disuntik dan jalan cerita diketengahkan lebih fresh serta sesuai dengan situasi yang berlaku sekarang.

“Jadi jangan lupa tonton dan sokong GG2. Saya harap jangan tercari-cari Putri kerana ceritanya sudah selesai.

“Sekarang fokus pada pelakon-pelakon dan kisah baru dalam GG2.

“Matlamat cerita ini masih sama iaitu wanita memperkasakan wanita,” katanya lagi, seperti dipetik oleh Astro Awani.

Filem arahan sulung Umi Salwana Omar itu dibintangi para pelakon seperti Diana Danielle, Ummi Nazeera serta dua pelakon asalnya, Sharifah Amani dan Sazzy Falak.

Ia juga turut dibintangi oleh Syafiq Kyle dan Aedy Ashraf serta wajah baru seperti Jad Hidhir, Intan Serah, Tiara Anchant, Nik Nasuhan, Annabel Michael, Grace Ng dan Iezahdiyana Alaudin.

GGV2 mengisahkan tentang Zak (Diana Danielle) dan Yaya (Ummi Nazeera) - pelajar yang memiliki nama asal yang sama iaitu Zakiah, tetapi personaliti yang jauh berbeza.

Karya terbitan Red Films itu bakal ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia mulai 25 Oktober ini. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan