Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Fazura, Fattah Amin bakal timang cahaya mata

 Pasangan pelakon popular Nur Fazura dan Fattah Amin, hari ini (17 Apr) berkongsi berita gembira bahawa mereka bakal menimang cahaya mata.

Anggaran Waktu Membaca:
Fazura, Fattah Amin bakal timang cahaya mata

Pasangan pelakon popular Nur Fazura dan Fattah Amin. (Gambar: missfazura/Instagram)

Diterbitkan : 17 Apr 2020 09:44PM Dikemas Kini : 17 Apr 2020 09:51PM

KUALA LUMPUR: Pasangan pelakon popular Nur Fazura dan Fattah Amin, hari ini (17 Apr) berkongsi berita gembira bahawa mereka bakal menimang cahaya mata.

Fazura atau nama sebenar Nur Fazura Sharifuddin, 37 tahun, mengesahkan kini hamil empat bulan setelah dua tahun membina kehidupan sebagai suami isteri bersama Abdul Fattah Mohd Amin, 30 tahun.

“Insya-Allah dengan izin Allah SWT kami bakal menimang cahaya mata kami yang pertama. Kandungan saya kini dalam bulan keempat, Alhamdulilah.

“Kami sentiasa yakin akan peraturan Allah dan sesungguhnya ini merupakan waktu yang paling tepat bagi kami dikurniakan zuriat yang amat membahagiakan ini,” tulisnya di laman Instagram.

Pelakon filem Gol dan Gincu itu turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.

“Tiada yang lebih diutamakan dalam hidup kami sekarang melainkan yang tersayang. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan memberikan ucap selamat kepada kami selama ini.

“Kami amat mensyukuri setiap detik dalam fasa ini dan hari-hari indah yang akan datang. Insya Allah. Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi dari hati kami berdua,” katanya.

Selain menerima komen positif daripada netizen, kebanyakan artis dan selebriti turut mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.

Mira Filzah @mfmirafilzah; Alhamdulilah!! Happy for you. Syukur Alhamdulilah!.

Nabila Huda @kupu_kupu: Congratulation (Tahniah) Faz and (dan) Fattah Amin .

Ben Amir @benamirr: congratulation (tahniah) bro!

Aaron Aziz @aarondwiaziz: Alhamdulillah Semoga Allah melindungi kalian dalam tempoh mencabar ini.

Fazura dan Fattah Amin mendirikan rumah tangga pada 27 Nov 2017. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan