Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Fattah, Fazura curi tumpuan di Mekah

Sejak digandingkan buat pertama kali menerusi drama bersiri Hero Seorang Cinderella pada Mei lalu, hubungan pasangan popular Fattah Amin dan Fazura mula menarik perhatian peminat.

Anggaran Waktu Membaca:
Fattah, Fazura curi tumpuan di Mekah

Gambar: thefa_team/Instagram

Diterbitkan : 20 Nov 2017 07:54AM Dikemas Kini : 20 Nov 2017 08:06AM

KUALA LUMPUR: Sejak digandingkan buat pertama kali menerusi drama bersiri Hero Seorang Cinderella pada Mei lalu, hubungan pasangan popular Fattah Amin dan Fazura mula menarik perhatian peminat.

Menurut laporan Utusan Online, kisah hubungan mereka semakin menjadi tanda tanya apabila Fazura meraikan ulang tahun kelahiran Fattah yang ke-27 pada 14 September lalu.

Fazura bukan sahaja memberi satu ucapan istimewa buat Fattah melalui Instagram miliknya tepat pukul 12.00 tengah malam, malah beliau yang ketika itu berada di New York, Amerika Syarikat turut mengirimkan 50 kuntum mawar yang dianggap peminat sebagai tanda cinta tanpa syarat.

Selang 13 hari kemudian, Fattah pula membalas dengan menghadiahkan 500 kuntum bunga mawar pada majlis sambutan ulang tahun Fazura yang ke-34.

Tidak bertitik di situ, nama mereka kembali menjadi sebutan apabila timbul khabar angin menyatakan Fattah dan Fazura memilih tarikh 13 November 2017 untuk bertunang namun apabila tiba tarikh itu, tiada pe¬ngumuman mengenainya dibuat.

Kini tumpuan terhadap pasangan ini bukan sahaja di Malaysia, malah kelibat mereka di kota Mekah juga menarik perhatian para jemaah di sana, menurut laporan Utusan Online itu lagi.

Ramai jemaah tidak melepaskan peluang untuk merakam gambar kenangan bersama pasangan yang dikatakan sudahpun berkahwin itu.

Menerusi gambar-gambar yang dikongsi oleh para peminat di laman sosial, rata-rata netizen mendoakan segala urusan serta ibadah Fattah dan Fazura dipermudahkan.

Fattah dan Fazura berangkat ke Mekah pada 15 November lalu, sekali gus meninggalkan persoalan tentang status hubungan mereka.

Menurut laporan Mingguan Malaysia semalam (19 Nov) pasa¬ngan berkenaan dikatakan sudahpun berkahwin dalam majlis tertutup sekitar 12.30 tengah malam pada 14 November lalu.

Dengan hanya sekali lafaz dan berwalikan salah seorang abang kandung Fazura, pasa-ngan itu sah menjadi suami isteri dalam majlis yang sederhana.

Bagaimanapun, pasangan berkenaan yang mengunci mulut mereka berjanji akan mengeluarkan kenyataan media pada 23 November ini.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan