Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Fattah Amin hadiahkan kereta Peugeot kepada ibu bapa

Hadiah kemenangannya itu adalah hasil sokongan peminat yang tidak berbelah bagi sejak awal menceburi industri seni hinggalah dirinya bergelar Bintang Paling Popular.

Anggaran Waktu Membaca:
Fattah Amin hadiahkan kereta Peugeot kepada ibu bapa

Fattah Amin. (Gambar: Fattah Amin/Instagram)

Diterbitkan : 28 Nov 2017 09:53PM Dikemas Kini : 28 Nov 2017 10:00PM

KUALA LUMPUR: Fattah Amin nampaknya terus membuat ‘berita’. Kali ini apabila beliau menghadiahkan sebuah kereta Peugeot 408 e-THP kepada ibu bapa kandungnya hari ini (28 Nov).

Baru semalam (27 Nov) beliau menggegarkan orang ramai dengan berita pernikahannya dengan pelakon jelita, Fazura.

Pengantin baru berusia 27 tahun itu menerima hadiah kereta tersebut sebagai ganjaran merangkul trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0 pada 14 Mei lalu.

Kereta sedan premium bernilai RM150,000 itu diterima daripada Pengurus Besar Kanan Nasim Sdn Bhd, Yasser Awan, lapor Berita Harian Malaysia Online.

Menurut Fattah, beliau memberikan kereta tersebut kepada ibu bapanya, Mohd Amin Muda, 50 tahun, dan Azizah Abdul Ghani, 47 tahun.

Fattah juga berkata, hadiah kemenangannya itu adalah hasil sokongan peminat yang tidak berbelah bagi sejak awal menceburi industri seni hinggalah dirinya bergelar Bintang Paling Popular, menurut laporan Berita Harian Malaysia Online.

"Tanpa sokongan ramai, saya tidak mungkin berada di sini, malah selain keluarga, peminat antara tonggak yang menguatkan semangat saya untuk terus memberikan yang terbaik," katanya 

LAPORAN BERKAITAN: 

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan