Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Fathia lambat 5 jam, mengadu nasib di Instagram kerana digantikan pelakon lain

Pelakon Fathia Latiff berasa seolah-olah dipermainkan apabila mendakwa wataknya sebagai tetamu di sebuah program bual bicara digantikan dengan pelakon lain iaitu Siti Elizad.

Anggaran Waktu Membaca:
Fathia lambat 5 jam, mengadu nasib di Instagram kerana digantikan pelakon lain

(Gambar: @fatiyalatiff/ Instagram).

Diterbitkan : 19 Nov 2017 09:49AM Dikemas Kini : 19 Nov 2017 09:55AM

MALAYSIA: Pelakon Fathia Latiff berasa seolah-olah dipermainkan apabila mendakwa wataknya sebagai tetamu di sebuah program bual bicara digantikan dengan pelakon lain iaitu Siti Elizad.

Fathia berkata, biarpun terlewat dari masa yang ditetapkan, namun beliau sudah berada dalam keadaan bersedia dengan pakaian yang ditetapkan, lapor mStar.

"Memang salah saya tapi bila dah sampai mereka suruh saya tukar baju kurung. Sepatutnya saya dapat watak Elizad itu.

"Tiba-tiba mereka batalkan tapi tak apa. Saya tiada masalah dengan itu. Tapi sedihlah sebab mereka bagi alasan.

"Saya sampai pukul 8.00 malam dah siap tukar baju kurung dan tudung labuh. Kemudian suruh tukar balik baju arab. Rasa dipermainkan. Tapi tak apa, semoga Allah merahmati anda," kata Fathia.

Menurut laporan mStar, Fathia meluahkan perasaannya berhubung isu itu menerusi Instagram secara langsung pada malam Jumaat (17 Nov).

Walau bagaimanapun pelakon drama Menanti Februari ini memadam video berkenaan selepas beberapa jam dimuat naik.

Berdasarkan sebuah artikel di satu portal hiburan, Fathia dilaporkan tidak muncul pada waktu yang dijadualkan pihak penerbitan program tersebut.

Fathia juga dikatakan sepatutnya perlu berada di set program berkenaan pada pukul 3.00 petang namun beliau muncul selepas pukul 8.00 malam.

Menurut salah seorang kru yang terlibat, pihak penerbitan bernasib baik kerana Siti Elizad setuju untuk bekerjasama dan menjadi bidan terjun walaupun diberitahu pada saat-saat akhir.

Dalam pada itu, Fathia, dalam video yang sama turut memberitahu bahawa beliau ingin menyampaikan satu mesej untuk rakyat Malaysia mengenai isu yang sedang diperkatakan, lapor mStar.

Namun, belum sempat mesej itu disampaikan, pelakon wanita tersebut menerima arahan untuk tunggu di belakang pentas sebelum pihak penerbitan membatalkan kemunculannya.

"Mereka hanya minta saya tunggu untuk segmen kelima. Saya tanya mana fon telinga tapi mereka suruh tunggu.

"Saya duduk dekat belakang dan tunggu saja sebab ada mesej nak sampaikan untuk orang ramai. Ia satu mesej yang bagus untuk rakyat Malaysia.

"Tapi tiba-tiba mereka batalkan tanpa beritahu awal," ujarnya lagi.

Sebelum ini nama Fathia juga pernah dikaitkan dengan beberapa kontroversi di laman sosial. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan