Images
  • farid kamil
    Pelakon Malaysia, Farid Kamil. (Gambar: Farid Kamil/Instagram)

Farid Kamil dihukum penjara 9 bulan, salah guna dadah

PETALING JAYA: Pengarah dan pelakon Malaysia, Farid Kamil, dijatuhi hukuman penjara pada Rabu (15 Mei) atas kesalahan menggunakan dadah.

Laman Harian Metro melaporkan artis itu menggunakan jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC) Januari tahun lalu.

Menurut laman itu lagi, Majistret Nor Ariffin Hisham menjatuhkan hukuman ke atas Farid, 38 tahun, selepas Farid yang sepatutnya membela diri hari ini, memilih untuk berdiam diri.

Laman the Star melaporkan bahawa mahkamah tidak membenarkan hukuman ditangguhkan dan Farid akan memulakan tempoh penjara di Penjara Kajang pada hari penjatuhan hukuman.

Media Malaysia sebelum ini melaporkan Farid ditahan pada Januari 2018 kerana menampar seorang anggota polis di kaunter aduan Balai Polis Kota Damansara.

Dia kemudian diarah jalani pemeriksaan untuk menentukan jika dia berada di bawah pengaruh dadah.

Selepas pihak polis mengumumkan Farid didapati positif dadah, rakan artis Sofi tampil memohon agar orang ramai tidak mengecam Farid, yang beliau sifatkan sebagai "seorang yang baik" namun "berdepan dengan pelbagai masalah dan sedang berada dalam kemurungan".

- Agensi berita/TQ/fz

Top