Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Farid Kamil dakwa 3 rakan artis bubuh dadah dalam minuman

Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil membuat aduan polis selepas mendakwa dirinya dianiaya tiga rakan artis yang mencemarkan minumannya dengan dadah sehingga berkelakuan ganas di Balai Polis bulan lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Farid Kamil dakwa 3 rakan artis bubuh dadah dalam minuman

Pelakon Malaysia, Farid Kamil. (Gambar: Farid Kamil/Instagram)

Diterbitkan : 05 Feb 2018 08:22AM Dikemas Kini : 05 Feb 2018 08:24AM

MALAYSIA: Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil membuat aduan polis selepas mendakwa dirinya dianiaya tiga rakan artis yang mencemarkan minumannya dengan dadah sehingga berkelakuan ganas di Balai Polis bulan lalu.

Dalam satu laporan polis yang dibuat di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail pada 31 Januari 2018, Farid juga menuduh kekerasan ke atasnya oleh pihak polis semasa ditahan reman kerana menyerang polis dan orang awam, menurut laporan Astro Awani.

Berdasarkan laporan yang diterima akhbar Malay Mail, Farid menuduh tiga rakan artis lain yang bertanggungjawab memberinya dadah dan menyebabkan perlakuannya di Balai Polis Kota Damansara.

Selain itu, Farid juga melaporkan yang dia tidak begitu waras ketika itu disebabkan minumannya dicemari dengan dadah oleh ketiga-tiga rakan artisnya, sehari sebelum insiden berkenaan berlaku.

Ketiga-tiga rakan artis termasuk seorang pelakon dan pengarah, seorang penyanyi yang pernah terkenal dengan genre R&B semasa 1990an serta seorang lagi pelakon.

Selain itu, Farid juga mendakwa dia diberikan rokok yang bersalut dengan sejenis cecair yang tidak dikenal pasti oleh tiga rakan tahanan sehingga membuatkan dirinya berasa khayal.

Farid juga menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap layanan daripada pihak polis ketika ditahan reman dan turut menamakan pegawai polis yang terlibat sehingga menyebabkan kecederaan ke atas dirinya, menurut Astro Awani yang menukil laman Malay Mail.

Farid juga mempersoalkan tentang tularnya gambar penahanannya kepada pihak media sewaktu ditahan.

Ketua Pegawai Penyiasat, SAC Fadzil Ahmat mengesahkan yang Farid membuat laporan rasmi berkenaan keadaannya sehingga menyebabkan perlakuannya bertukar ganas.

“Farid membuat laporan tentang banyak perkara dan pihak kami akan memastikan siasatan penuh akan dilakukan,” kata beliau, seperti dilaporkan Astro Awani. 

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan