Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Erra Fazira masuk hospital akibat denggi

Pelakon popular, Erra Fazira dimasukkan ke pusat perubatan di Petaling Jaya akibat demam denggi pada Khamis (23 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Erra Fazira masuk hospital akibat denggi

Erra Fazira. (Gambar-Gambar: Mind Order)

Diterbitkan : 23 Jul 2020 04:07PM Dikemas Kini : 23 Jul 2020 04:08PM

MALAYSIA: Pelakon popular, Erra Fazira dimasukkan ke pusat perubatan di Petaling Jaya akibat demam denggi pada Khamis (23 Jul).

Pembantu peribadinya, Sharendra Abd Razak ketika dihubungi Harian Metro mengesahkan perkara itu dan berkata, Erra mula mengalami demam panas sejak tiga hari lalu.

"Pada awalnya dia hanya demam biasa. Dia juga sengal-sengal badan dan sakit urat. Pagi tadi, pergi hospital dan doktor sahkan dia menghidap demam denggi.

"Ini kali kedua dia dimasukkan ke wad. Kali pertama ketika melahirkan Aleesya dulu," katanya kepada Harian Metro.

Disebabkan itu, beberapa komitmen kerja Erra terpaksa ditunda.

"Sepatutnya jam 12.00 tengah hari, hari ini dia kena mengacarakan program Mingguan Wanita di Astro, tapi, saya sudah maklumkan keadaan Erra lebih awal.

"Kemudian, esok dia terbabit dengan program Go Shop dan penggambaran drama Gerak Khas. Semua ini terpaksa ditunda dulu. Mohon doakan kesihatan Erra supaya segera sembuh. Maaf atas sebarang kesulitan," katanya.

Sumber : Agensi berita/EM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan