Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Erma Fatima tak segan anak bekas banduan

Pastinya, ramai yang terkejut dengan luahan pengarah filem dan pelakon terkenal, Erma Fatima. Beliau mengongsi sendiri tentang anak ketiga yang dijaganya menerusi satu catatan Instagram baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Erma Fatima tak segan anak bekas banduan

Erma Fatima bersama anaknya, Ahmad (kiri) dan Citra. (Gambar: @ermafatima/Instagram)

MALAYSIA: "Ye ANAK AKU kini seorang bekas BANDUAN."

Pastinya, ramai yang terkejut dengan luahan pengarah filem dan pelakon terkenal, Erma Fatima. Beliau mengongsi sendiri tentang anak ketiga yang dijaganya menerusi satu catatan Instagram baru-baru ini.

Instagram Erma sebelum ini cukup mencuri perhatian para peminatnya kerana sering berkongsi tentang anaknya yang istimewa, Citra.

Keperibadian Citra yang lemah lembut dan penyayang seperti dipaparkan menerusi gambar serta video-video yang dimuat naik Erma sekaligus membuat ramai pengikutnya memuji Erma sebagai seorang ibu angkat.

Namun, siapa sangka, kalau Erma, seperti ibu-ibu lain, juga mempunyai titik hitam membesarkan anak-anaknya.

HANYA ALLAH TAHU HANCURNYA HATI AKU

Anak bekas banduan Erma bernama Ahmad. Menurut penerbit itu, Ahmad dibesarkannya sejak dia baru dilahirkan.

"Aku berikan yang terbaik semampu aku. Sekolah..agama... kasih sayang... meskipun banyak kekurangan aku," tulis Erma.

Menceritakan lebih lanjut, Erma berkata bahawa Ahmad sempat kembali ke pangkuan ayah kandungnya "atas percaturan orang tertentu".

"Hanya Allah yang tahu betapa hancurnya hati aku ketika itu. Dan Mei 2016 aku mendapat berita dia ditangkap polis dan dipenjarakan."

Erma bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut tentang insiden itu. Seolah-olah berkias, dalam catatan terkininya, Erma mengatakan bahawa beliau tidak pasti jika ingin membongkarkan semuanya di media sosial kerana "pasti ramai yang akan terguris".

AHMAD ANAK YANG BAIK

Meskipun anaknya seorang bekas banduan, Erma menegaskan bahawa anaknya sememangnya seorang anak yang baik.

"Selama aku memelihara dia tidak pernah walau sekalipun dia meninggikan suara pada aku...kurang ajar apatah lagi melawan aku. Itulah realitinya.. TAPI takdir merubah hidupnya satu ketika dulu kepada satu kehidupan yang gelap."

Erma juga menjelaskan bahawa pengalamannya ini dikongsi atas persetujuan Ahmad. Malah, Ahmad sempat bertanya jika Erma malu untuk berkongsi tentang pengalaman hidupnya.

"Aku cakap aku tak pernah malu memiliki anak yang dikurniakan Allah seperti apa pun dia kerana itulah dugaan paling besar dlm hidup aku yang aku terpaksa tempuh," tulis Erma lagi.

HARAP TIDAK DIPISAHKAN LAGI

Video terkini yang dimuat naik Erma semalam (4 Apr) menunjukkan dirinya sedang makan dan meluangkan masa bersama anak-anaknya, termasuk Ahmad.

"Hari ini sekali lagi aku merasakan kegembiraan dan kebahagiaan itu apabila dia kembali ke pangkuan aku. Aku harap selepas ini dia takan pergi tinggalkan aku lagi," kata Erma menerusi kapsyen yang disertakan bersama video tersebut.

Apa yang sebenarnya berlaku masih menjadi satu tanda tanya. Apatah lagi Erma setelah mendedahkan bahawa beliau "tidak pernah sekalipun" menziarahi Ahmad ketika sedang menjalani hukuman penjara.

Yang pasti, Erma kini bahagia disatukan kembali dengan anaknya dan dia menerima anaknya seadanya.

"Apa pun aku masih ibu dia walaupun aku tidak melahirkannya... walaupun dia tinggalkan aku...hancurkan hati aku TAPI aku tetap ibu dia."  

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan