Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Eminem disiasat kerana lirik lagu seperti mengugut Trump

Artis rap Eminem disoal oleh Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat berhubung lirik lagunya yang kelihatan seperti mengugut Presiden Donald Trump dan anaknya Ivanka.

Anggaran Waktu Membaca:
Eminem disiasat kerana lirik lagu seperti mengugut Trump

Eminem. (Gambar: Instagram/eminem)

Diterbitkan : 25 Oct 2019 10:00PM Dikemas Kini : 25 Oct 2019 10:04PM

AMERIKA SYARIKAT: Artis rap Eminem disoal oleh Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat berhubung lirik lagunya yang kelihatan seperti mengugut Presiden Donald Trump dan anaknya Ivanka.

Ini didedahkan oleh laman Buzzfeed News pada Selasa (24 Okt). Laman tersebut memperolehi dokumen setebal 40 muka surat setelah memfailkan permohonan di bawah Akta Kebebasan Maklumat dari Perkhidmatan Rahsia tahun lalu.

Lagu yang dipertikaikan adalah Framed dari album Eminem pada 2017, Revival. Ia mengandungi baris lagu yang membayangkan Ivanka Trump berada dalam
but keretanya, seolah-olah diperangkap.

Artis itu turut disoal tentang rap 'freestyle' yang dipersembahkan semasa Anugerah BET Hip Hop tahun lalu di mana beliau menyanyi rap menggambarkan ingin menyimbah kopi panas ke atas Presiden Trump, dan itu sahaja yang dapat lakukan sehingga beliau "merancang komplot lebih baik."

Eminem sendiri pernah mendedahkan bahawa beliau disoal oleh Perkhidmatan Rahsia, dalam lagunya berjudul The Ringer dari album Kamikaze pada 2018.

Bagaimanapun, Perkhidmatan Rahsia ketika itu enggan mengesahkan mereka menemui artis tersebut, menyebabkan Buzzfeed mengemukakan permohonan maklumat.

Menurut dokumen tersebut, Eminem, yang nama sebenarnya adalah Marshall Mathers, disifatkan sebagai "menunjukkan tingkah laku tidak wajar" dan "mengugut pihak yang dilindungi" menerusi lagu rapnya.

Bagaimanapun laporan itu menyimpulkan kes tersebut tidak akan dirujuk kepada pendakwa federal. 

Sumber : CNA/TQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan