Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

"Emak percaya Faris boleh menjaga saya," kata Elfira Loy

Pelakon dan pengacara Malaysia, Elfira Loy, mengaku beliau sebenarnya terpikat dengan keperibadian dan sikap tunangnya, Muhammad Faris Khairol Anuar.

Anggaran Waktu Membaca:
"Emak percaya Faris boleh menjaga saya," kata Elfira Loy

Tempoh perkenalan singkat tidak menghalang Elfira Loy menerima lamaran tunang, Muhammad Faris Khairol Anuar. (Gambar: @elfiraloy/Instagram)

Diterbitkan : 22 Oct 2018 12:27PM Dikemas Kini : 22 Oct 2018 12:32PM

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara Malaysia, Elfira Loy, mengaku beliau sebenarnya terpikat dengan keperibadian dan sikap tunangnya, Muhammad Faris Khairol Anuar.

Meskipun hanya baru berkenalan, namun ia tidak menghalang pasangan itu untuk membawa hubungan yang terjalin ke peringkat seterusnya.

“Faris hormat dan faham bagaimana keluarga saya. Malah, dia ada visi masa depan. Apa yang lebih penting, emak saya percaya dia boleh menjaga saya.

"Perkenalan kami sangat singkat. Setiap hari saya berdoa kepada Allah, jika benar dia orangnya, rapat-rapatkan. Jika tidak, maka sebaliknya.

"Saya sangat bersyukur kerana semuanya dipermudahkan Allah. Personaliti yang ada padanya memikat hati saya," kata Elfira, seperti yang dipetik oleh Astro Awani.

Elfira berkata demikian ketika ditemui di Majlis Pengumuman Pemenang Kempen #ThroughTheLens Make Stories Happens AirAsia di Kota Damansara baru-baru ini.

Elfira sebelum ini tidak menghebahkan berita pertunangannya kepada umum, lapor Astro Awani.

"Sebenarnya kalau anda perasan, berita pertunangan itu bukanlah disampaikan oleh saya.

"Majlis itu diadakan secara tertutup dan hanya untuk ahli keluarga sahaja. Tak tahu bagaimana berita tu boleh tersebar.

"Sebenarnya perancangan awal hanyalah untuk merisik tapi setelah berbincang, pihak di sebelah sana mencadangkan untuk melangsungkan pertunangan sekaligus," katanya.

Ditanya mengenai tarikh pernikahannya pula, Elfira seakan memberi bayangan bahawa ia akan diadakan tahun depan.

Menjawab pertanyaan media sama ada beliau cuba untuk 'lari' dari menjawab soalan berkaitan pertunangannya, Elfira mempunyai jawapan tersendiri.

"Saya tak lari pun, sebab tak ada orang kejar," selorohnya.

Astro Awani menukil Elfira sebagai berkata beliau ingin mengambil masa untuk benar-benar mengenali pilihan hatinya, memandangkan mereka baru sahaja kenal satu sama lain.

Majlis pertunangan antara Elfira Loy dengan Muhammad Faris Khairol Anuar berlangsung pada 2 September lalu.

Sebelum ini, Elfira pernah bertunang dengan penyanyi, Sufian Suhaimi, pada 6 Oktober 2017. Namun, hubungan mereka secara rasminya terputus pada 18 Februari lalu. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan