Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Elton John gagal teruskan konsert di Auckland akibat pneumonia

Bintang pop legenda Britain, Elton John dengan nada sebak meminta maaf kepada para peminat setianya yang hadir di Stadium Mount Smart, di Auckland, New Zealand, pada Ahad malam setelah terpaksa menamatkan konsertnya lebih awal kerana berdepan masalah kesihatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Elton John gagal teruskan konsert di Auckland akibat pneumonia

Elton John. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 18 Feb 2020 08:28AM Dikemas Kini : 18 Feb 2020 08:33AM

WELLINGTON: Bintang pop legenda Britain, Elton John dengan nada sebak meminta maaf kepada para peminat setianya yang hadir di Stadium Mount Smart, di Auckland, New Zealand, pada Ahad malam setelah terpaksa menamatkan konsertnya lebih awal kerana berdepan masalah kesihatan.

Penyanyi berusia 72 tahun yang sedang mengadakan konsert jelajah dunia itu dilihat sukar untuk meneruskan nyanyian ketika duduk bermain piano semasa persembahan berkenaan.

Bagaimanapun, selepas pemeriksaan oleh pegawai perubatan, Elton sempat meneruskan nyanyiannya dengan menyampaikan dua lagu lagi sebelum menamatkan konsert itu.

“Saya tidak boleh menyanyi kerana hilang suara.

“Saya perlu pergi, minta maaf,” katanya dalam nada yang tersekat-sekat.

Elton kemudian dilihat melangkah keluar dari stadium sambil dibantu oleh kru yang bertugas.

Menurut Elton, beliau disahkan mengalami pneumonia ringan, awal pagi semalam tetapi saya membulatkan tekad untuk meneruskan persembahan di konsert tersebut.

“Saya bermain piano dan menyanyi dengan sepenuh hati sehingga tidak mampu meneruskannya lagi.

“Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada semua penonton yang hadir. Saya sudah mencuba memberikan yang terbaik,” katanya.

Elton John berada di New Zealand sebagai sebahagian daripada konsert jelajah dunianya "Farewell Yellow Brick Road" yang bermula pada 2018 dan dijadualkan berakhir pada hujung tahun ini di London.

Siri jelajah tersebut dianggap peluang terakhir untuk para peminatnya melihat beliau bernyanyi sebelum bersara daripada dunia hiburan.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan