Images
  • ella2

Ella pentaskan konsert 'unplugged' pada Mac

KUALA LUMPUR: Para peminat Ella boleh menjangkakan satu persembahan istimewa pada Mac ini.

Ella Unplugged in KL, sebuah konsert solo, akan dijayakan di Istana Budaya selama tiga hari antara 29 hingga 31 Mac, menurut laporan Astro Awani.

Bagi penyanyi yang terkenal dengan jolokan Ratu Rock Malaysia itu, konsert itu merupakan satu peluang keemasan yang akan digunakan sebaik mungkin untuk membuktikan beliau masih memiliki pesona di pentas selepas tiga dekad terlibat dalam industri seni.

Menurut laporan Astro Awani, Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, menjanjikan satu kelainan bagi konsert ini sebagai tanda penghargaan yang ditujukan kepada para peminat yang mendukung kerjayanya sejauh ini.

Para peminat bakal lena me-layar impian sepanjang tiga segmen konsert itu Unplugged, Asli Unplugged, dan juga segmen Rock.

Astro Awani turut melaporkan bahawa persembahan itu bakal diiringi dendangan pemuzik yang terdiri daripada alumi dan pelajar tahun akhir Akademik Seni Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Tiket 'early bird' mula dijual bermula 2 Januari 2019 melalui www.proticket.com.my.

- Agensi berita/TQ/tq

Top