Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Elfira Loy kini bergelar ibu

Pelakon seberang tambak, Elfira Loy, selamat melahirkan anak sulungnya di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Andorra dekat Seri Kembangan, Selangor, pada Selasa (1 Okt). 

Anggaran Waktu Membaca:
Elfira Loy kini bergelar ibu

Elfira Loy selamat melahirkan cahaya mata pertama pada 1 Okt 2019. (Gambar: Elfira Loy/Instagram)

Diterbitkan : 01 Oct 2019 11:35PM Dikemas Kini : 01 Oct 2019 11:40PM

KUALA LUMPUR: Pelakon seberang tambak, Elfira Loy, selamat melahirkan anak sulungnya di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Andorra dekat Seri Kembangan, Selangor, pada Selasa (1 Okt). 

Elfira, yang pernah popular menerusi drama Tentang Bulan, mengongsikan sendiri khabar gembira kelahiran cahaya matanya itu di laman Instagram beliau malam tadi.

"Syukur, Alhamdulillah," tulis Elfira yang turut disertakan dengan tanggal kelahiran bayinya.

Sementara itu, adik kepada Elfira iaitu Nurul Ezlisa Loy memuat naik petikan panggilan video beliau menatap wajah anak buahnya buat kali pertama.

Bahkan, lapor mStar, Ezlisa juga menulis "he is cute" (dia comel) pada paparan skrin tersebut sekali gus menjawab teka-teki warga net akan jantina bayi Elfira.

Selebriti berusia 25 tahun itu mendirikan rumah tangga dengan Khairol Faris Anuar pada Tahun Baru 2019 dalam sebuah majlis tertutup.  

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan