Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Eizlan Yusof timang anak perempuan

Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Encik Eizlan Yusof menyambut Ramadan pertama dengan kehadiran cahaya mata keempat, hari ini (13 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Eizlan Yusof timang anak perempuan

(Gambar: Eizlan Yusof/Instagram)

Diterbitkan : 13 Apr 2021 11:11PM Dikemas Kini : 13 Apr 2021 11:15PM

KUALA LUMPUR: Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Encik Eizlan Yusof menyambut Ramadan pertama dengan kehadiran cahaya mata keempat, hari ini (13 Apr).

Berita gembira itu dikongsi Eizlan dalam laman Instagram (IG) menerusi video singkat yang dikongsinya petang tadi, menurut BH Online.

Menerusi perkahwinan kedua dengan Cik Natasha Rosa Boudville, Eizlan memaklumkan isterinya selamat melahirkan anak perempuan di Hospital UMRA, Shah Alam pada pukul 1.00 tengah hari.

Bayi seberat 2.98 kilogram yang dilahirkan secara pembedahan itu dinamakan Baby ZR buat sementara waktu.

"Alhamdulillah, isteri saya melahirkan bayi pada Ramadan pertama. Nama sudah ada sebenarnya, cuma saya dan isteri sepakat untuk tidak berkongsi terlebih dahulu.

"Cukuplah dipanggil Baby ZR," katanya kepada BH Online.

Eizlan memberitahu, isteri dan anaknya berada dalam keadaan sihat.

Katanya lagi, menyambut cahaya mata keempat sukar digambarkan dengan kata-kata. Tiga cahaya mata menerusi perkahwinan pertama teruja mahu menjenguk adik mereka.

"Saya bersyukur dikurniakan rezeki, inilah harta dunia akhirat. Terima kasih kepada isteri kerana mengusung kandungan sembilan bulan dan melahirkan cahaya mata, tanda cinta kami," katanya.

Kata Eizlan lagi, hospital yang dimiliki kawannya sebelum ini pernah menyaksikan detik sama ketika dua cahaya mata menerusi perkahwinan pertamanya dilahirkan, lapor BH Online.

"Anak lelaki, Zareef Yusof dan adiknya, Vie Zaalia juga dilahirkan di hospital yang sama. Secara kebetulan, hospital ini milik kawan saya, jadi memudahkan segala urusan.

"Sekarang ini, tiga anak saya sudah dapat dua adik perempuan. Selain saya, bekas isteri, Vie Santie juga melahirkan anak perempuan menerusi perkahwinan barunya," katanya yang mendirikan rumah tangga kali kedua pada 12 Disember 2019.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan