Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Duet 'We Fight' Mus May, Oney ajak rakyat M'sia lawan COVID-19

Mustafa Din atau lebih dikenali dengan nama pentas Mus May dan Mohd Redzuan Abd Aziz atau Oney berduet dalam sebuah lagu berjudul We Fight yang mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama berjuang melawan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Duet 'We Fight' Mus May, Oney ajak rakyat M'sia lawan COVID-19

(Gambar: Facebook/Mus May)

Diterbitkan : 06 May 2020 10:23AM Dikemas Kini : 06 May 2020 10:26AM

KUALA LUMPUR: Mustafa Din atau lebih dikenali dengan nama pentas Mus May dan Mohd Redzuan Abd Aziz atau Oney berduet dalam sebuah lagu berjudul We Fight yang mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama berjuang melawan COVID-19.

Lagu genre rock itu mengingatkan agar mengikut arahan kerajaan agar duduk di rumah untuk memutuskan rantaian COVID-19, lapor Astro AWANI.

Menurut pemain keyboard, Firdaus Mahmud yang bertindak sebagai pemuzik undangan, sesi rakaman lagu ini dibuat secara normal baru.

"Lagu dan lirik dihasilkan oleh Oney serta susunan muzik juga dia yang buat.

"Kami sessionist rekod dari rumah masing-masing bukan seperti sebelum ini yang pergi ke studio untuk masukkan bahagian masing-masing.

"Selesai rakaman, masing-masing hantar kepada Oney untuk proses mixing dan edit video muzik," katanya kepada Astro AWANI.

Selain Firdaus, pemuzik lain yang turut terlibat dalam rakaman lagu ini adalah Ritz Metalasia (Gitar), Fly Halizor (Gitar Bes), Pae (Dram) dan Oney juga bertindak selaku gitar kedua.

Peminat muzik tempatan boleh menonton video muzik lagu We Fight di saluran YouTube.

Sumber : Agensi berita/AW/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan