Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Dua jam dilancar, album lagu Melayu klasik Dayang terus nombor satu di iTunes

Baru dua jam dilancarkan pada Jumaat (12 Feb), album terbaru penyanyi Malaysia Dayang Nurfaizah, Belagu, berada di kedudukan teratas carta iTunes.

Anggaran Waktu Membaca:
Dua jam dilancar, album lagu Melayu klasik Dayang terus nombor satu di iTunes

(Gambar: Dayang Nurfaizah)

Diterbitkan : 13 Feb 2021 02:24PM Dikemas Kini : 13 Feb 2021 02:28PM

KUALA LUMPUR: Baru dua jam dilancarkan pada Jumaat (12 Feb), album terbaru penyanyi Malaysia Dayang Nurfaizah, Belagu, berada di kedudukan teratas carta iTunes.

"Saya dimaklumkan pengurus, Sharina Ahmad, Belagu mula diedarkan di seluruh penstriminan muzik tepat jam 12.00 malam dan dua jam selepas itu ia berada di kedudukan nombor satu di carta iTunes," kongsi Dayang kepada Harian Metro.

"Alhamdulillah, terasa segala perancangan bertahun-tahun dan kerja keras dicurahkan untuk menghasilkan album ini berbaloi. Ternyata apa yang saya mahu kongsikan dengan peminat muzik tempatan diterima baik," katanya.

Menurut penyanyi tersebut, sambutan hangat oleh peminat itu juga menjadi petanda positif bahawa industri muzik Malaysia masih mampu berkembang baik walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran.

Kongsi Dayang, album Belagu menghimpunkan lagu-lagu Melayu klasik yang diberi nafas baru.

Antara lagu yang dimuatkan dalam album tersebut adalah Tudung Periuk, Malam Ku Bermimpi, Kenang Daku Dalam Doamu, Tari Tualang Tiga dan banyak lagi.

Penyanyi dan komposer muda, Hael Hussaini turut menyampaikan lagu Gurindam Jiwa secara berduet dengan Dayang.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan