Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Drama 'SR115' menang besar, rangkul 5 daripada 6 kategori pencalonannya

Drama bersiri 'SR115' menang besar dalam Pesta Perdana ke-15, setelah merangkul lima daripada enam kategori pencalonannya.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Drama bersiri "SR115" menang besar dalam Pesta Perdana ke-15, setelah merangkul lima daripada enam kategori pencalonannya.

Lebih manis lagi syarikat penerbitannya, iaitu Papahan Films, secara keseluruhannya menang sembilan anugerah kesemuanya.

KELUARGA J.A HALIM MENANG BESAR

Satu sejarah tercipta semalam apabila tiga anggota keluarga pelakon veteran JA Halim masing-masing menjadi pemenang.

Beliau sendiri meraih piala Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama Khas) melalui Gunting Telemovie.

Anak beliau Helmindra JA Halim menang menerusi drama Naluri Ayah bagi kategori Drama Khas Terbaik, terbitan syarikatnya By Apparatus.

Manakala menantunya, Fizah Nizam pula menang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi drama Firasat Siri 2.

NURUL AINI & HUDA ALI, SAMA-SAMA HAMIL, SAMA-SAMA MENANG

Penyanyi Taufik Batisah nampaknya menancapkan keupayaannya sebagai pelakon apabila dipilih sebagai Pelakon Lelaki Utama Terbaik (Drama Khas) menerusi drama Gunting Telemovie.

Sementara itu, tuah juga menyebelahi dua pengacara yang jelas sedang berbadan dua. Nurul Aini muncul sebagai Pengacara Hiburan Terbaik (Gara-Gara Nurul & Shahril), dan Huda Ali pula menang kategori Pengacara Informasi Terbaik (Cantik Detektif Sr 4).

Kemenangan besar ternyata dicatat oleh Raihan Halim yang berulang kali naik pentas.

Pembikinan drama siri berunsur 'sci-fi' yang beliau pimpin, iaitu SR115 berjaya merangkul kategori Drama Terbaik, Arahan Terbaik, Skrip Terbaik, Videografi Terbaik serta Suntingan Terbaik.

HAMED ISMAIL TERIMA ANUGERAH PERDANA EMAS

Satu lagi anugerah besar, iaitu Anugerah Perdana Emas Pesta Perdana 15 yang mengiktiraf sumbangan sepanjang hayat penerimanya kepada dunia televisyen Melayu tempatan, diberikan kepada Hamed Ismail.

Penulis veteran itu banyak memberi sumbangan kepada dunia hiburan dan kesusasteraan Melayu tempatan, khususnya menerusi skrip-skrip drama televisyen.

Antara karya-karyanya yang terkenal termasuklah Jeritan Sepi, Anak Metropolitan dan Bunga Tanjong.

Bagi kategori gelaran Personaliti Lelaki dan Wanita Paling Popular pula, ternyata dua artis Singapura yang turut aktif di Malaysia menjadi pemenangnya.

Hisyam Hamid dan Hannah Delisha memenangi kategori Ini buat kali kedua berturut-turut.

Berikut senarai penuh pemenang Pesta Perdana 15:

Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Utama – Drama Bersiri
Izzat Yusof (Bantal Buruk Saloma)

Pelakon Wanita Terbaik dalam Watak Utama – Drama Bersiri
Ariati Tyeb Papar (Tekan Minyak)

Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Pembantu – Drama Bersiri
Fir Rahman (Gunting The Series)

Pelakon Wanita Terbaik dalam Watak Pembantu – Drama Bersiri
Fizah Nizam (Firasat Sr 2)

Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Utama – Drama Khas / Antologi
Taufik Batisah (Gunting Telemovie)

Pelakon Wanita Terbaik dalam Watak Utama – Drama Khas / Antologi
Suhaillah Salam (Kerana Kasih)

Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Pembantu – Drama Khas / Antologi
J.A Halim (Gunting Telemovie)

Pelakon Wanita Terbaik dalam Watak Pembantu – Drama Khas / Antologi
Rosita Hussin (Takbir Nan Syahdu)

Pelakon Terbaik dalam Watak Komedi
Izyan Mellyna (Kisah Tok Kadi Sr 2)

Pelakon Harapan Terbaik
Batrisya Soffian (Bantal Buruk Saloma)

Pengacara Terbaik – Hiburan
Nurul Aini (Gara-Gara Nurul & Shahril)

Pengacara Terbaik – Informasi
Huda Ali (Cantik Detektif Sr 4)

Bintang Cilik Terbaik
Freda Mel (Bantal Buruk Saloma)

Drama Terbaik
SR115 (Papahan Films)

Drama Khas Terbaik
Naluri Ayah (By Apparatus)

Rancangan Hiburan Terbaik
Elit Suria 2018 (Mediacorp Eaglevision)

Rancangan Hiburan Khas Terbaik
Anugerah Planet Muzik 2018 (MediaCorp Eaglevision)

Rancangan Informasi Terbaik
Jalan Sr 7 (Oak3 Films)

Rancangan Kanak-Kanak Terbaik
Skuad Cilik Sr 2 (Oak3 Films)

Arahan Terbaik – Drama
SR115 (M. Raihan Halim)

Arahan Terbaik – Hiburan
Anugerah Planet Muzik 2018 (Fadila A Wahid & Zulina Karim)

Skrip Terbaik – Drama
SR115 (M. Raihan Halim)

Skrip Terbaik – Hiburan
Sinar Lebaran 2018 (Netty Fiona Othman)

Skrip Terbaik – Informasi
Cantik Detektif Sr 4 (Rein Zahrein)

Videografi Terbaik – Drama
SR115 (Mohammad Shahril Dzuikeply)

Suntingan Terbaik – Drama
SR115 (Zaini Nasser)

Lagu Tema Terbaik
Mekah Di Hati (Flipside Stories)
Judul lagu: Korban Cinta
Komposer: Yazri Malik
Penulis lirik: Ryan Sufiyan
Penyanyi: Ryan Sufiyan

Rancangan Paling Popular
6x7 Sr 1 (Thinkplate)

Personaliti Lelaki Paling Popular
Hisyam Hamid

Personaliti Wanita Paling Popular
Hannah Delisha

Anugerah Perdana Emas
Hamed Ismail 

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan