Images
  • saga 2.0

Drama 'SAGA 2.0' tampilkan seni bela diri campuran dengan aksi lasak mendebarkan

SINGAPURA: Seni silat sudah sinonim dengan masyarakat Melayu.

Tapi bagaimana pula dengan seni bela diri campuran atau MMA?

Kedua-dua seni pertahanan diri itu menjadi inti siri drama TV terbaru terbitan Mediacorp Eaglevision.

Drama bertajuk SAGA 2.0 yang dibintangi pelakon-pelakon seperti Imam Shah, Hannah Delisha, Hasnul Rahmat dan Jeff Catz ini adalah sebahagian daripada kerjasama dengan One Championship.

Bintang-bintang MMA Amir Khan dan Agilan Thani juga akan tampil dalam drama ini.

Aksi-aksi lasak penuh dengan tumbukan dan tendangan menjadi daya tarikan utama siri mini ini.

Drama satu jam itu akan mula disiarkan di Suria setiap Rabu jam 9.30 malam mulai esok (25 Mac).

Para penonton juga boleh mengikuti kesemua empat episod SAGA 2.0 itu menerusi meWATCH.  

- BERITAmediacorp/HK/ha

Top